KUALA LUMPUR, 13 November – Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dikurniakan Darjah Kebesaran Persekutuan Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) yang membawa gelaran Tan Sri hari ini.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan darjah tersebut dalam Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2021 bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.
Turut berangkat ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Sumber: TRDI News