Aceh Kota termiskin di Sumatera

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
-Foto Sekadar Hiasan

Data Badan Pusat Statistik (BPS) Indonesia menunjukkan Aceh sebagai wilayah termiskin di Kepulauan Sumatera dengan peratusan sebanyak 15.43 peratus.

Lapor Kompas.com, data tersebut adalah berdasarkan hasil banci yang dilakukan sepanjang tahun lalu.

Wilayah kedua termiskin di Sumatera adalah Bengkulu dengan 15.3 peratus, ketiga Sumatera Selatan (12.9 peratus) dan Lampung di tempat keempat (12.7 peratus).

Penganalisis ekonomi dari Fakulti Ekonomi Universiti Syiah Kuala, Dr. Amri berkata, kadar kemiskinan meningkat di Aceh kerana kepincangan pentadbiran pihak berkuasa wilayah tersebut.

Katanya, hal itu tidak pelik kerana ini bukan kali pertama Aceh dikategorikan sebagai wilayah termiskin di Sumatera walaupun kadar pembangunannya besar.

“Data yang dikeluarkan oleh BPS itu adalah sah dan berdasarkan kriteria yang ditetapkan,” katanya.

Dalam pada itu, tinjauan Kompas.com mendapati pejabat Gabenor Aceh dipenuhi dengan kalungan bunga sebagai tanda ucapan selamat kepada pentadbiran wilayah tersebut.

Kesemua ucapan tersebut adalah sebagai sindiran kepada kegagalan pentadbiran wilayah itu menurunkan kadar kemiskinan dalam kalangan penduduknya.