Ada Beza Rupanya ‘Guna Sebelum’ Dan ‘Baik Sebelum’

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kalau pergi membeli belah tidak kira barangan dapur atau barangan harian, antara perkara pertama yang kita akan lihat adalah tarikh luput barang tersebut.

Tapi perasan tak, ada perkataan ‘Guna Sebelum’ atau Use By dan ‘Baik Sebelum’ atau Best Before yang tertera di pakej barangan. Ternyata ada perbezaan antara dua ini. Ahli kimia Fatimah Salim memberi penerangan tentang perbezaan antara kedua tarikh luput ini.

Label tarikh luput digunapakai untuk produk-produk yang mudah rosak seperti makanan dan minuman, ubatan, kosmetik, bahan letupan, tayar, bateri dan pelbagai lagi. Namun di sini, kita akan focus kepada makanan dan minuman sahaja. Adakah makanan rosak selepas tarikh luput yang dinyatakan? Ini sedikit pencerahan!

‘Guna Sebelum’ atau Use By

ada beza rupanya antara tarikh luput ‘guna sebelum’ dan ‘baik sebelum’

Tarikh yang tertera sebagai ‘Guna Sebelum’ merupakan tarikh akhir sesuatu produk itu selamat untuk dimakan. Kebiasaannya ia akan digunakan pada produk makanan yang cepat rosak dan tidak perlu simpan lama seperti daging, susu, kek, roti, telur dan sebagainya. Bagi produk makanan yang dilabel sebegini haruslah dibuang serta merta selepas tarikh yang dinyatakan.

‘Baik Sebelum’ atau Best Before

ada beza rupanya antara tarikh luput ‘guna sebelum’ dan ‘baik sebelum’

Tarikh yang dilabel sebagai ‘Baik Sebelum’ atau Best Before menunjukkan sifat atau kualiti produk tertentu sehingga tarikh yang dinyatakan. Selepas pada tarikh yang dinyatakan pada bungkusan, produk itu sudah tidak boleh dijual kerana kualiti yang kurang seperti kehilangan kesegaran, tekstur, aroma, rasa dan nutrisi asalnya.

Tetapi ini tidak bermaksud makanan itu tidak lagi selamat untuk dimakan. Sebagai pengguna, kita boleh menilai sesuatu produk jika makanan itu rosak atau tidak dengan melihat pada perubahan, warna, bau dan rasa dari yang asal disebabkan oleh berlakunya tindakbalas kimia pada produk berkenaan.

Sekiranya terdapat perubahan ini, maka kita seharusnya membuang terus produk ini. Terutama sekali kalau dah bau busuk tu dah boleh buang ya.