Adab Ketika Berkomunikasi Di Media Sosial, Terus Perkenalkan Diri

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kadangkala ada kalanya kita perlu berurusan dengan orang lain. Boleh jadi untuk bertanyakan soalan, mahupun untuk meminta tolong atau urusan-urusan yang lain sama ada melalui mesej, panggilan telefon atau berhubung di mana-mana sosial. Namun jika tindakan kita tidak tepat, ada kalanya ia tidak begitu menyenangkan orang lain. Dalam berinteraksi dengan orang lain, kita perlulah menjaga adab-adab agar menyenangkan urusan orang lain disamping mempermudahkan urusan.

Adab-adab berkomunikasi ini nampak ringkas, namun ia sebenarnya memberi kesan yang cukup besar. Ia membawa imej yang kita wakili baik kita seorang pelajar, guru, bos dan sebagainya dengan siapa yang kita berhadapan. Bahkan di waktu hadapan, andai kata kita keadaan tidak memihak dengan kita lalu kita memerlukan bantuan, orang yang kita hubungi mungkin sudi menghulurkan bantuan asbab adab baik yang kita tunjukkan.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang ingin dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan silaturahim (hubungan kasih sayang).” (Riwayat Bukhari)

Media sosial merupakan medium penghubung utama pada waktu ini. Banyak sekali interaksi dan komunikasi yang perlu dilakukan di media sosial. Andai jika anda berhubung perlu berhubung dengan mana-mana pihak, maka ikuti langkah-langkah ini :

  1.  Bagi salam

Sebagai Muslim, mulakan setiap perbualan dengan salam. Usah terus beritahu apa tujuan atau apa yang ingin kita tuliskan kerana ia akan menyebabkan individu yang sedang berhubung tidak selesa. Selain itu, usah beri salam sahaja dan menunggu pihak di sana membalas. Namun terus lakukan tindakan seterusnya seperti di bawah.

  • Sebut dengan panggilan penghormatan yang baik atau formal.

Contohnya: Encik, Tuan, Puan, Dr, Cik

Meskipun ia tidak diminta oleh pihak tersebut, namun sebagai orang yang mempunyai hasrat tertentu, kitalah yang perlu memberikan penghormatan yang sepatutnya. Pengghormatan yang baik juga akan meletakkan batasan kita dari bermesej di luar batas.

  • Perkenalkan nama

Terus perkenalkan nama. Untuk sesetengah situasi, boleh sertakan jawatan sekali agar ia lebih meyakinkan.

  • Beritahu tujuan

Nyatakan tujuan anda berhubung dengan individu tersebut. Adakah anda ingin bertanyakan soalan atau anda hasrat yang anda inginkan. Ia memudahkan urusan anda dan pihak tersebut ketika berhubung disamping mempercepatkan urusan. Di samping itu, nyatakan apa yang anda inginkan dengan tepat dan jujur.

Firman Allah SWT dalam surah Qaf ayat 18 yang bermaksud: “Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya Malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).

  • Gunakan bahasa dan ejaan yang betul

Sebagai tambahan lain, elakkan menggunakan bahasa ringkas. Gunakan ayat penuh dengan dengan ejaan dan tatabahasa yang betul.