Adam Lebarkan Karier ke UK

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR – Adam Khalid tekad menempuh laluan penuh liku selepas memilih untuk melebarkan sayap karier sebagai pemandu dan pelajar di United Kingdom (UK) bermula musim ini.

Adam, 24, bakal menyambung pelajarannya di Universiti Coventry dan pada masa sama menyertai pasukan Team Aston Martin bagi mengharungi musim penuh Kejuaraan British GT 2022 yang juga fasa permulaannya sebelum mencapai cita-cita beraksi di saingan 24 jam Le Mans.

Dalam perancangan empat tahun Adam, dia dijadual menyertai Kejuaraan British GT bagi musim ini sebelum menyertai Siri European GT4 sehingga 2024.

Dia kemudian merancang menyertai Cabaran Dunia GT sebelum memenuhi kemuncak ‘piramid impian tertingginya’, 24 Jam Le Mans.

Tentunya, perancangan empat tahun ini sama sekali memerlukan peruntukan besar yang difahamkan membabitkan RM5.5 juta bagi empat tahun dan untuk musim 2022 saja, Adam memerlukan kira-kira RM1.13 juta.

“Kesukaran itu, adalah menggunakan duit sendiri dan keluarga,” kata Adam. “Jadi di sini, saya merayu kepada pihak kerajaan dan juga korporat untuk membantu meringankan tanggungan Adam di sana.

Sumber: BERITA HARIAN