Adelia Kitchen

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

 

Oleh: Naema Rashid

Dibuka sejak Ogos 2019, Adelia Kitchen semakin menjadi pilihan orang ramai di sekitar Kuala Terengganu. Adelia Kitchen dikenali dengan ‘signature dish’ iaitu Sup Tulang yang direneh bersama rempah-ratus sejak awal pagi, Dihidangkan bersama ayam bakar dan daging bakar yang dipanggang di atas dapur arang menghasilkan rasa yang ‘smoky’.

  ‘Signature Dish’ Adelia Kitchen Sup Tulang

Daging Bakar

 Ayam Bakar

 Adelia Kitchen juga menghidangkan pelbagai pilihan minuman yang menarik dan pastinya enak dari jus buah-buahan antaranya durian belanda, buah naga hingga ke minuman ‘hipster’ seperti Bandung Aiskrim dan Jagung Leleh.

 Jus Tembikai yang disajikan bersama Aiskrim

Dibuka setiap hari kecuali Jumaat dari jam 11.00 pagi hingga ke 5 petang bagi sesi siang, dan jam 6.00 petang hingga 12.00 tengah malam bagi masakan panas seperti Mee Rebus Tulang dan Maggi Tulang semestinya dapat memenuhi selera anda. Hidangan yang mahal namun harga yang murah, harga di Adelia Kitchen hanyalah;

                              Pakej Sup Tulang + Telur Dadar + Nasi Putih- RM 12.00

 Mi Rebus Tulang – RM 7.00 dan Maggie Tulang- RM 10.00 setiap satu

 Bandung Aiskrim- RM 3.50

Jika anda peminat Sup Tulang atau tercari-cari hidangan tengahari dan malam yang enak di Kuala Terengganu, jangan lupa singgah di Adelia Kitchen di Terminal Bas Lama Syahbandar bersebelahan dengan Hock Kee Seng. Maklumat lanjut boleh didapati di Facebook Adelia Kitchen atau hubungi Puan Nelly di talian 017-934 1554.

SELERA MANIS EPISOD 4 : ADELIA KITCHEN

Anda Inginkan Sup Tulang yang enak di Kuala Terengganu?Jom ke Adelia Kitchen di Terminal Bas Lama Syahbandar. Menghidangkan makanan tengahari dan masakan panas pada waktu malam. Anda perlu cuba Sup Tulang dan Daging Bakar pada waktu siang manakala Mee Rebus Tulang dan Maggie Tulang pada waktu malam. Memang Terbaik!!Beroperasi setiap hari kecuali Jumaat dari jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengah malam. Jangan risau harga di sini amatlah berpatutan dari hanya RM 7.00 hingga RM 12.00 ringgit bagi pakej Sup Tulang bersama telur dadar dan nasi putih.Tunggu gape lagi tu?Jom?Lokasi: https://goo.gl/maps/yMJpDKT5fsvDeQy77Sebarang maklumat boleh hubungi Puan Nelly di talian 017-934 1554.#vbt2020 #spotmanis #manistv #paparanpantaitimur #manisfm #gayapantaitimur #kamikongsi #seleramanis #localspot #sedap #streetfood #suptulang #dagingpanggang #makanansedap #lunch

Posted by Manis TV on Thursday, February 13, 2020

Sumber: Manis TV