Agong Terima Menghadap Perdana Menteri

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR –  Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara, petang ini.

Menurut Facebook rasmi Istana Negara, sesi menghadap Anwar itu bermula jam 5 petang.

“Sesi menghadap itu yang pertama selepas Anwar menerima surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia Perdana Menteri ke-10 pada 24 November lalu,” katanya.

Turut disertakan empat keping foto Yang di-Pertuan Agong bersama Perdana Menteri.

Sumber : BERITA HARIAN