Ahmad Samsuri Luang Masa Jumpa Bidan Ketika Lahir

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

BESUT – Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar meluangkan masa menziarahi bidan yang menyambut kelahirannya ketika berada di Jertih, pada Isnin.

Menurutnya, sosok wanita pertama yang menyambut kelahirannya, Mek Wook Hussain, 90-an atau dikenali sebagai Bidan Hajjah Mak Cik Wook di Kampung Pulau Panjang di sini.

Menurut Ahmad Samsuri, Mek Wook begitu dekat dan istimewa dihatinya malah beliau tidak pernah melupakan dan berharap agar wanita itu dikurniakan kesihatan yang baik.

“Kebetukan saya berada di Jertih, saya tidak melepaskan peluang untuk menziarahi insan pertama yang menyambut kelahiran saya di dunia ini sejak 53 tahun yang lalu.

“Walaupun sudah memasuki usia 90-an, Mak Cik Wook masih sihat dan mengenali saya dan mengingati Ummi. Setiap kali bertemu, pasti momen kelahiran saya diceritakan semula.

“Semoga sosok tubuh ini sentiasa dikurniakan kesihatan oleh ALLAH SWT, “tulisnya melalui perkongsian di laman Facebooknya pada Isnin malam.

Pertemuan itu turut disertai isterinya, Toh Puan Seri Tuan Faezah Tuan Abd Rahman.

Ahmad Samsuri bersama Tuan Faezah menyertai ziarah Parlimen Besut pada Isnin serta turut meluangkan masa ke DUN Hulu Besut bersama calon Pas, Mohd Husaimi Husin atau lebih mesra dengan panggilan Abe Mie.

 – SINAR HARIAN