KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) menggesa orang ramai supaya memakai pelitup muka sebagai langkah keselamatan diri pada sambutan Hari Raya Aidilfitri esok.
Yang Dipertua Maik, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Kadir berkata, pada masa sama orang ramai turut disaran supaya kerap mencuci tangan bagi menjaga kebersihan.
Menurutnya, langkah itu bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dan peningkatan jangkitan kes Covid-19 yang direkodkan di Kelantan ketika ini.
“Dalam menyambut musim perayaan, Maik mengajak semua untuk berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama. Hal ini kerana dijangka berlaku pertambahan bilangan kemasukan anak perantauan ke negeri ini.
“Saya berharap agar semua dapat memastikan musim perayaan disambut dengan selamat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mohamad Rizam yang juga Tengku Temenggong Kelantan turut mendoakan kesihatan, kebahagiaan, dan kesejahteraan untuk semua rakyat negeri ini sempena Hari Raya Aidilfitri.
Sumber: UTUSAN