Air Pasang Besar: Tiga kampung di Kemaman Ditenggelami Air

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KEMAMAN – Tiga kampung di daerah Kemaman ditenggelami air berikutan peningkatan paras air laut mencecah 3.7 meter susulan fenomena air pasang besar yang bermula Jumaat lepas.

Antara kawasan terlibat adalah Kampung Bakau Tinggi, Kampung Pengkalan Cicar dan Kuala Kemaman.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Zailani Abdullah berkata, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mengawasi ahli keluarga masing-masing bagi mengelak sebarang kejadian buruk.

Menurutnya, kawasan banjir atau pantai bukan lokasi sesuai untuk aktiviti riadah ketika monsun timur laut.

“orang ramai bila berlakunya fenomena air pasang ini, terutama berhampiran rumah mereka, di jalan hadapan rumah, membenarkan anakanak mereka bermain air.

“Sebenarnya tugas kami sebagai anggota bomba untuk menasihati mereka ini supaya tidak sesuka hati bermain air kerana risiko terlalu tinggi seperti adanya haiwan berbisa seperti ular, kala jengking dan sebagainya mula keluar apabila habitatnya dinaiki air.

“Selain itu bahaya lain seperti berlakunya berhampiran dengan pencawang elektrik, kita khuatiri berlakunya renjatan elektrik apabila air memenuhi kawasan tersebut,” katanya.

Justeru itu pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu sentiasa melakukan pemantauan secara berkala di kawasan berisiko.

Sumber: AWANI