Akhirnya Wujud Masjid Pertama di Bandar Queenstown, New Zealand

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Komuniti Muslim di Queenstown sedang melakukan solat jemaah.

Masyarakat Muslim di Queenstown, iaitu sebuah bandar yang terletak di New Zealand kini merasmikan pembukaan masjid pertama mereka setelah bertahun-tahun melakukan persiapan dan usaha mengumpulkan dana. Bandar Queenstown turut terkenal sebagai salah satu bandar terindah terindah di dunia.

“Kami sangat gembira kerana masyarakat Islam di bandar Queenstown kini akhirnya berjaya mendapat tempat untuk beribadah. Sekarang, kami masih lagi menyewa ruang komuniti untuk tujuan tertentu. Kadang-kadang kami melakukan solat berjemaah di tepi Tasik Wakatipu,” kata Ketua Pusat Islam Queenstown, Mohammad Nadheem.

“Setelah kami menjelaskan wang deposit, kami menerima kunci bangunan, dan kami melakukan solat maghrib pertama di masjid pada bersama-sama,” tambah Nadheem.

Dalam beberapa minggu yang akan datang, kami perlahan-lahan akan meletakkan Al-Quran, buku-buku Islam, dan buku-buku lain yang perlu dibaca oleh jemaah di masjid ketika hadir untuk bersolat atau berkunjung.

“Kami juga akan mengadakan masjid terbuka nanti dan akan menjemput anggota masyarakat dari pelbagai agama dan etnik untuk mengunjungi masjid kami. Agar mereka yang datang dapat mengetahui lebih banyak mengenai umat Islam dan agama Islam,” tambah Nadheem.

Usaha Mengutip Dana

Selama bertahun-tahun, Muslim Queenstown hanya bersolat di  ruang rumah masing-masing, di gereja-gereja yang disewa, atau mereka perlu memandu berjam-jam lamanya untuk sampai ke masjid-masjid terdekat.

Sebelum ini masjid yang terdekat dari bandar Queenstown adalah sejauh 200 km yang terletak di bandar Invercargill atau Dunedin.

Komuniti Muslim memulakan usaha pengutipan dana untuk mendirikan masjid pertama di bandar ini pada bulan Mac 2019. Umat Islam membayar 10% dari jumlah kos masjid, iaitu $ 430,000, dan selebihnya akan dibayar menjelang Disember 2021. Antara usaha masyarakat Muslim mencari dana ialah, mereka menghantar wakil-wakil Pusat Islam Queenstown pergi ke masjid-masjid yang berbeza di seluruh negara untuk mengutip dana.

Menteri Besar bandar Queenstown Lakes, Jim Boult berkata, beliau gembira daerah ini mempunyai masjidnya sendiri.

“Komuniti Muslim adalah sebahagian besar komuniti kami. Sebilangan besar mereka adalah pekerja dari komuniti migran. Sebilangan besar dari mereka telah menetap dan kini menjadi penduduk New Zealand. Dan saya rasa penting bagi umat Islam untuk memiliki tempat beribadat untuk mereka, ”kata Datuk Bandar Jim Boult.

Kota Queenstown, New Zealand