Aktor Ji Chang Wook positif Covid-19

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Ji-Chang Wook

SEOUL: Pelakon Korea Selatan terkenal, Ji Chang Wook disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian calitan bersama seorang kru produksi siri original Netflix The Sound of Magic yang dibintanginya.

Berita itu dimaklumkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat pengurusannya, Glorious Entertainment (GE).

“Dia positif wabak itu dan mengikut garis panduan kementerian kesihatan, dia kini sedang menjalani kuarantin kendiri dan rawatan.

“Sementara itu penggambaran drama bersiri Annarasumanara terpaksa dihentikan dan menunggu keputusan ujian calitan kru produksi lain. Drama itu akan bersambung sehinggalah Ji Chang Wook sembuh,” tulis GE.

Industri hiburan negara itu kini turut terjejas selepas beberapa selebriti dan kru dilaporkan dijangkiti Covid-19 sekaligus kebanyakan mereka membuat andaian bahawa akan lebih ramai bakal dijangkiti selepas ini.

Dalam siri terbaru ini, Ji memegang watak utama dan ia adalah drama adaptasi daripada webtoon (kartun web) popular Korea, Annarasumanara  yang mengisahkan mengenai gadis yang membesar dengan terlalu pantas dan ahli silap mata yang ingin kekal sebagai kanak-kanak.

Sumber: Harian Metro