Al-Azhar beri amaran terhadap kandungan permainan video yang menghina Ka’bah

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Universiti Al-Azhar sebuah universiti terkemuka di bumi Mesir, telah memberi amaran mengenai permainanan video yang dikenali sebagai Fortnite yang mana terdapat struktur binaan kaa’bah di dalam permainan tersebyt. Permainan tersebut menggalakkkan para pemainnya untuk merobohkan Ka’bah agar mereka menang untuk menaiki peringkat seterusnya. Amaran itu dikeluarkan oleh Pusat Antarabangsa e-Fatwa universiti (keputusan berdasarkan kepercayaan oleh para ahli hukum Islam).

“Pusat e-fatwa sebelum ini pernah memberi amaran terhadap beberapa permainan elektronik yang digemari para generasi muda, yang mana telah mengalihkan perhatian para anak muda ini melakukan tugasan hakiki menuntut ilmu atau pekerjaan mereka, dan memerangkap mereka untuk terus kekal di dunia maya serta mempengaruhi para generasi muda ini untuk membenci, melakukan keburukan kepada diri sendiri atau terhadap orang lain.

Permainan video Fortnite ini mendorong para pemain untuk menghancurkan bangunan yang sama seperti bangunan Ka’bah agar pemain boleh mendapatkan senjata dan berjaya mara ke tahap seterusnya.

“Tindakan permainan ini akan mempengaruhi kepercayaan dan jati diri generasi muda dan perlahan-lahan meruntuhkan kehormatan mereka terhadap kesucian agama. Oleh itu, pusat ini menegaskan pengharaman semua permainan elektronik yang mendorong keganasan atau mengandungi kandungan yang memberi kesan yang besar terhadap pengaruh agama atau menunjukkan penghinaan terhadap kepercayaan agama.”

Video : Agenda Daily

Permainan video Fornite mahu pemain memusnahkan struktur bangunan menyerupai Kaabah. Pusat e-Fatwa Universiti Al-Azhar mengingatkan umat Islam elak dari bermain Fornite, dikhuatiri menjejaskan akidah. KREDIT Al-Azhar warns against video game which contains demolition of Kaaba.


Sumber artikel : MEMO