Al-Khawarizmi; Sumbangannya Yang Menarik

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Latar Belakang Al-Khawarizmi

Nama sebenarnya ialah Abu Abdullah Muhammad bin Musa al-Khawarizmi. Beliau dilahirkan pada tahun 780M di daerah Khawarizmi atau dikenali sebagai Khiwa (Khiva) Uzbekistan. Beliau digelar Al-Khawarizmi bersempena nama tempat kelahirannya iaitu, Khawarizm yang terletak di selatan Laut Aral.

Beliau juga dikenali dengan nama Abu Abdullah. Di Barat, beliau terkenal sebagai al-Cowarizmi, Al-Ahawizmi al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa nama lain lagi.

Al-Khawarizmi meninggal dunia pada tahun 840M. Sesetengah sumber mengatakan beliau meninggal sekitar tahun 850M.

Beliau muncul sebagai tokoh ilmuan matematik paling cemerlang semasa kekhalifahan Bani Abassiyah. Sewaktu bekerja di Bayt al-Hikmah (House of Wisdom) di Baghdad, beliau diamanahkan sebagai pustakawan. Beliau diamanahkan bertanggungjawab mengumpul dan menterjemah buku-buku Yunani ke dalam bahasa Arab.

Sehinggalah beliau mendapat kepercayaan memimpin perpustakaan khalifah.

Al-Khawarizmi menjadi tokoh paling tersohor dalam ilmu matematik, astronomi dan geografi. Beliau berpengetahuan luas dalam bidang sejarah Islam, kejuruteraan, aritmetik, falsafah, geometri, logik, muzik dan kimia.

Beliau turut digelar sebagai ‘Bapa Algebra’ yang sangat berpengaruh ketika itu sehingga kini.

Keperibadian Al-Khawarizmi

Antara keperibadian terouji Al-Khawarizmi yang turut diakui oleh kebanyakan sarjana Barat seperti Wiedmann dan G.Sarton. Antaranya berkeperibadian teguh, bersungguh-sungguh, mencintai ilmu dan dunia sains, bijaksana serta berpandangan jauh.

Latar Belakang Pendidikan

Beliau memulakan persekolahan rendah seawal usia 6 tahun. Selain membaca dan menulis, beliau turut menghafaz al-Quran dan mempelajari ilmu syariah. Sejak kecil lagi, beliau amat meminati bidang matematik, algebra, geometrid dan sastera.

Sehinggalah beliau mempelajari bidang matematik dengan lebih mendalam. Ilmunya itu diiktiraf oleh pemerintah Abbasiyah iaitu Khalifah Harun al-Rashid yang melantiknya sebagai pakar matematik dan ahli akademik matematik di Baitul Hikmah.

Semasa pemerintahan Khalifah al-Makmun, beliau dilantik sebagai pengarah arkib di perpusatakaan istana. Beliau turut bertugas mengetuai dan mengawasi kerja penterjemahan buku-buku Matematik dalam bahasa Yunani yang diperoleh daripada kerajaan Byzantine.

Sumbangan Al-Khawarizmi

Sumbangan beliau dalam bidang matematik adalah beliau memperkenalkan agebra dan kaedah penyelesaian tersusun dan sistematik. Beliau juga memperkenalkan sistem nombor India (kini dikenali angka Arab) yang digunakan sehingga kini. Beliau juga menetapkan konsep angka bermula daripada satu iaitu 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 0.

Beliau turut memperkenal cabang-cabang matematik antaranya Algebra, Sistem Nombor, Aritmetik, Aljabar, Geometri dan Trignometri. Beliau turut mewujudkan konsep dan sistem perpuluhan. Beliau turut menerangkan banyak kaedah dan konsep sin, kos dan tan dalam trigonometri dengan terperinci.

Selain sumbangan beliau dalam bidang matematik, beliau juga turut memberi sumbangan dalam bidang geometri. Antaranya beliau telah membetulkan pandangan geografi Ptolemy. Beliau merupakan tokoh pertama yang melakar peta dunia pada tahun 830M.

Beliau telah menghasilkan karya geografi, kitab Surat al-Ard yang telah diterjemahkan bersama petanya ke dalam bahasa lain. Beliau juga menulis tentang takwin Yahudi, Istikhraj Tarikh al-Yahudi. Beliau juga menghasilkan alat petunjuk waktu dengan bayangan matahari serta kaji bintang.

Selain sumbangan beliau dalam bidang matematik dan geometri, beliau juga turut memberi sumbangan dalam bidang astronomi. Antaranya membangunkan ilmu kaji bintang dan ilmu falak. Beliau pernah dilantik sebagai penasihat astronomi di Baghdad oleh Khalifah.

Beliau banyak menghasilkan karya astronomi dan diterjemahkan ke pelbagai bahasa asing. Antaranya Kitab al-Tarikh dan Kitab al-Rukhmat (buku berkenaan alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari).

Manakala sumbangan beliau dalam bidang ukur, beliau menjadi peletak rumus ilmu ukur dan penyusun daftar lagaritma serta perhitungan desimal.

Terbukti bahawa al-Khawarizmi merupakan seorang tokoh Islam yang bijak serta berpengetahuan luas, bukan sahaja dalam bidang matematik tetapi dalam bidang lain juga.

Segala ilmu dan penemuan serta karya al-Khawarizmi bukan sahaja masyhur semasa zamannya sahaja, namun sehingga kini masih dipelajari dan dirujuk sebagai ilmu penting termasuklah di negara-negara Barat yang menghargai kehebatan ilmuan Islam ini.

Sumber: BIDADARI