Al-Khindi, Tokoh Ulung Dalam Ilmu Falsafah

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Abu Yusuf Ya’qub bin Ishaq al-Khindi atau lebih dikenali sebagai Al-Khindi merupakan ahli falsafah Arab yang paling awal dalam sejarah falsafah Islam.

Beliau dikenali sebagai Al-Khindi dengan nama keturunannya. Dalam bahasa Latin, beliau juga terkenal sebagai Alkindus.Beliau telah dilahirkan di Kufah pada abad kesembilan masihi, iaitu sekitar tahun 801 Masihi.

Catatan sejarah ada menyebut bahawa beliau merupakan anak kepada gabenor di Kufah, iaitu pada zaman khalifah Al-Mahdi ((775 M โ€“ 785 M), Al-Hadi (785 M โ€“ 876 M) dan Harun Al-Rasyid (786 M โ€“ 909 M).

Ia menunjukkan bahawa keturunan beliau adalah dari keturunan yang hebat kepimpinannya.

Beliau telah membesar pada zaman yang sama dengan tokoh-tokoh hebat seperti Al-Mamun, Al-Mu’tasim dan al-Mutawakkil.

Mereka sangat mementingkan ilmu. Oleh kerana itu, keluarganya juga amat menekankan perihal ilmu. Beliau berjaya mendalami ilmu Al-Quran, tatabahasa Arab, kesusasteraan serta ilmu matematik pada usia muda.

Ketika itu, Kota Kufah terkenal dengan kepesatan ilmu dan kebudayaan Islam. Situasi inilah yang menambah lagi semangat beliau dalam menuntut ilmu.

Beliau telah keluar dari Kufah dan menuju ke Baghdad untuk menterjemah dan mempelajari tentang ilmu falsafah.

Selain daripada Bahasa Arab, beliau juga mampu menguasai Bahasa Yunani dan Syria dengan baik menyebabkan beliau mampu memperbaiki hasil terjemahan karya seperti daripada Ibn Na’ima al-Himsi.

Al-Khindi dikenali sebagai ahli falsafah muslim yang paling agung kerana karya beliau banyak dijadikan rujukan sehingga kini. Bahkan, Al-Farabi dan Ibnu Sina juga pernah merujuk karya-karyanya.

Karya beliau terbahagi dalam bidang falsafah, astronomi, perubatan dan matematik. Antara karya beliau yang terkenal adalah fi al-falsafat -al-‘ula, yang merupakan karya terawal berdasarkan pemikiran falsafah oleh Aristotle dan Plato.

Menurutnya, ahli falsafah seperti Plato dan Aristotle mempunyai pandangan dan pemikiran mereka sendiri terhadap falsafah dan akal. Oleh itu, beliau ingin mengemukakan pandangan yang jelas terutamanya yang berkait dengan ilmu dan agama Islam.

Al-Khindi juga tidak ketinggalan dalam bidang ilmu yang lain seperti Geografi, Geologi, Muzik, pembuatan pedang dan dalam bidang Masakan.

Disebabkan itu, beliau berjaya menghasilkan pelbagai karya kerana ia meliputi bidang yang cukup luas. Diriwayatkan bahawa beliau berjaya menghasilkan sebanyak 270 karya.

Tiada catatan yang jelas mengenai tarikh kewafatan beliau. Namun, sumbangan beliau dalam bidang ilmu dihargai dengan penamaan sebuah hospital ke atas namanya, iaitu Hospital Awam Al-Khindi yang merupakan pusat perubatan terbesar di Baghdad.

Sumber: FALSAFAH AL-KHINDI TENTANG AKAL & TZKRH.COM