Alat Kawalan Pam Air Dari Jepun Tiba Di Terengganu

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU – Tiga unit alat kawalan pam, Variable Frequency Drive (VFD) yang akan digunakan dalam menyelesaikan masalah air di Kuala Nerus dan sebahagian daerah ini, tiba di Terengganu hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh berkata, alat dari Jepun itu berfungsi untuk mengaktifkan pam dan mengalirkan air dari Pulau Bahagia.

”Alat ini untuk mengaktifkan pam untuk mengalirkan air dari Pulau Bahagia ke Loji Baru Bukit Berapit berkapasiti 60mld. 

“Seterusnya menyalurkan air bersih ke tangki Bukit Berangan yang bermasalah sekarang. Mudah-mudahan dapat di laksanakan segera berkat doa 28,700 pemilik akaun air di Kuala Nerus dan sebahagian Kuala Terengganu,” katanya ketika dihubungi Urus Setia Penerangan Darul Iman hari ini.

Dr Mamad turut memaklumkan, bekalan air dijangka pulih dalam masa lapan hingga 10 hari lagi.

Sumber: TRDI News