Masjid Agung Algeria yang ketiga terbesar di dunia dan terbesar di Afrika, telah dirasmikan dengan solat umum yang pertama pada hari Rabu lalu. Pembukaan masjid ini mengambil masa selama satu setengah tahun setelah selesai pembinaanya. Masjid ini yang dikenali oleh masyarakat tempatan sebagai Djamaa El-Djazair, mempunyai struktur modern seluas 27.75 hektar (hampir 70 ekar), dan hanya sedikit kecil daripada dua masjid suci Umat Islam di Makkah dan Madinah, di Arab Saudi.
Bagi pengkritiknya, masjid itu adalah projek sia-sia serta merupakan simbol megalomania oleh bekas autokrat Abdelaziz Bouteflika, yang dipaksa turun pada April tahun lepas setelah tunjuk perasaan diadakan secara besar-besaran menentang pemerintahannya selama dua dekad. Kapasiti ruang solat masjid ini secara maksimumnya boleh memenuhi seramai 120 000 jemaah.
Di dalam masjid pula, hiasan di dalam masjid merupakan hiasan reka bentuk dari Andalusia, yang dihiasi dengan kayu, marmar dan alabaster. Selain itu, hiasan dalaman masjid ini turut menampilkan teks Al-Quran sepanjang enam kilometer (3.7 batu) dalam kaligrafi Arab, dengan karpet lantai yang berwarna hijau kebiruan.
Masjid ini didirikan bertujuan untuk menjadi pusat teologi, budaya dan penyelidikan yang penting, dan kompleks masjid ini turut merangkumi perpustakaan yang dapat menampung sejuta buah buku. Dengan tampilan seni bina geometri, masjid ini turut memiliki menara tertinggi di dunia – 267 meter (875 kaki) – yang dilengkapi dengan lif dan platform tontonan yang menghadap ke ibu kota dan Teluk Algiers. Struktur tertinggi seperti sebelumnya adalah menara 210 meter di kota Casablanca di Maghribi.
Menurut kementerian kewangan. Perbelanjaan Masjid ini menelan lebih dari $ 1 bilion wang awam. Kerja pembinaan ini memakan masa sehinga tujuh tahun lamanya dan diselesaikan pada April 2019, tiga tahun perancangan secara di balik tabir, yang diamanahkan kepada syarikat China State Construction Engineering (CSCEC), yang membawa pekerja dari China.
“Terdapat sebuah masjid di hampir setiap kawasan,” kata Said Benmehdi, seorang penduduk Algeria berusia tujuh puluhan, yang kedua-dua anaknya menganggur. Dengan pahit sekali dia mengatakan bahawa dia lebih suka negeri itu membina kilang dan membiarkan orang muda bekerja.
“Lima imam ditugaskan untuk mempengerusikan masjid dan lima muazzin bertanggung jawab untuk melakukan seruan solat. Masjid ini juga akan ditugaskan untuk mengatur dan menyelaraskan fatwa sesuai dengan penduduk Algeria. Kumpulan kajian dan penyelidikan pelbagai disiplin akan meneliti teks Al-Quran agar sesuai dengan zaman dan paling utama adalah dengan sains. Harapannya bahawa Masjid Agung akan menjadi tempat untuk memerangi semua jenis radikalisme, agama dan sekular,” kata Kamel Chekkat, anggota persatuan ulama ulama Algeria.
Belakhdar Mezouar yang merupakan ahli sosiologi menyatakan masjid itu tidak dibina untuk masyarakat. “Ini adalah hasil karya seorang lelaki (Bouteflika) yang ingin bersaing dengan negara jiran iaitu Maghribi untuk membuat namanya kekal dan meletakkan jasa pembinaan ini pada CVnya, sehingga dia dapat masuk ke syurga pada hari penghakiman,” katanya, sambil menambahkan bahawa pendapatnya telah dikongsi secara meluas.
Nadir Djermoune, yang mengajar subjek perancangan bandar telah mengkritik “keputusan bernas” seperti projek mega seperti ini dimana sebenarnya Algeria lebih memerlukan kemudahan kesihatan, pendidikan, sukan dan rekreasi baru. Masjid ini sangat terasing dari keperluan sebenar bandar dari sudut infrastruktur,” katanya. Manakala pendapat beliau dari sudut positif, adalah konsep modern Masjid ini akan berperanan sebagai model untuk projek seni bina masa depan.”
Sumber – Arabnews