Alif Teega Akan Didakwa Salah Guna Dana Awam Esok

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR: Pempengaruh, Mohd Hazalif Mohd Hazani atau dikenali sebagai Alif Teega akan didakwa di mahkamah, esok.

Perkara itu disahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui aplikasi TikTok agensi itu.

“SPRM mendapat izin mendakwa pempengaruh terkenal Alif Teega di Mahkamah Kuala Lumpur, esok,” katanya, hari ini.

Menurut sumber Alif Teega akan didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

“Bagaimanapun, hanya Alif Teega yang akan didakwa esok mengikut seksyen itu,” katanya.

Pada 11 Julai lalu, Alif Teega, 30, bersama isterinya, Aisyah Hijanah Azhari, 26 direman empat hari.

Pasangan suami isteri itu ditahan SPRM susulan dakwaan isu penyelewengan kutipan derma.

Pasangan itu tular di media sosial selepas terpalit dengan isu dakwaan menyeleweng kutipan wang derma.

– BERITA HARIAN