Alisson Gesa Salah Terus Kekal Di Anfield

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

LIVERPOOL: Mohamed Salah digesa untuk terus kekal di Anfield oleh rakan sepasukannya, Alisson.

Penyerang Mesir itu meledak dua kali ketika The Reds memenangi aksi tetangga Merseyside menentang Everton pada Sabtu.

Jaringan itu menjadikan Salah pemain Liga Perdana Inggeris pertama meledak 30 gol pada tahun 2023.

Salah kini mengatasi Steven Gerrard dan Kenny Dalglish dalam senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman di Anfield.

Bagaimanapun masa depannya di Anfield terus menjadi tanda tanya selepas kelab Liga Pro Saudi, Al-Ittihad berminat menandatanganinya sejak jendela perpindahan musim panas lalu.

Liverpool menolak bidaan Al-Ittihad dan berjaya memastikan Salah kekal di Anfield musim ini.

Menurut Alisson, Salah perlu kekal selama mungkin bersama Liverpool selepas penyerang itu kembali menunjukkan ketajamannya di depan gawang.

“Pemain ini sangat menakjubkan. Saya gembira dia berada di dalam pasukan kami. Saya harap dia dapat memecahkan kesemua rekod yang ada selagi menyarung jersi merah kami,” kata Alisson. – AGENSI