Alunan Ayat Suci Al-Quran Sebelum Mula Sesi Pembelajaran

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

MARANG – Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seberang Marang di sini menyertai tadarus al-Quran menerusi program Anjakan Muafakat Nekad iaitu Celik al-Quran sebelum memulakan sesi pembelajaran.

Pengetuanya, Arina Abd Rahman, berkata program Ihya Ramadan itu membabitkan kesemua pelajar Tingkatan Satu hingga Lima seramai 918 orang dengan program berlangsung selama 30 minit setiap Isnin, Selasa dan Rabu.

“Kita menggunakan konsep bertadarus di kawasan lapang di pekarangan sekolah bagi memberi keselesaan kepada pelajar memandangkan ruang surau yang terhad.

“Pelajar dibahagikan mengikut tahap penguasaan bacaan al-Quran dan dibimbing guru sepanjang program berlangsung,” katanya.

Menurutnya, pendekatan berkumpul dan mengalunkan ayat suci al-Quran pada Ramadan dilihat memberi impak positif dalam kalangan pelajar.

Katanya, pada Khamis program diubah dengan pelajar perlu membaca surah Yassin, menunaikan solat Dhuha dan solat hajat.

– BERITA HARIAN