Gerakan Penentangan Islam Palestin, Hamas memuji pernyataan yang disuarakan oleh tiga parti Mauritania yang menggesa wujud undang-undang yang mengecam akan hubungan normalisasi dengan pihak Israel.
Dalam siaran akhbarnya, jurucakap Hamas, Abdel Latif Al-Qanoa menyatakan penghargaan mereka terhadap sikap kecaknaan gerakan tersebut, yang mencerminkan sokongan rakyat Mauritania untuk Palestin dan tujuan mereka yang adil.
Al-Qanoa meminta agar langkah ini dicontohi oleh negara Arab dan pihak Muslim yang lain untuk menyokong Palestin dan hak mereka.
Dalam pernyataan yang dinyatakan, tiga parti dari Mauritania, iaitu Forces of Progress Union (UFP), Advanced People’s Alliance (APP), dan Alliance for Justice and Democracy (AJD) telah menulis:
“Keburukan normalisasi, selain melanggar persetujuan masyarakat dunia yang menyeru kedamaian, kebebasan dan anti-kolonialisme, juga bererti menerima semua kejahatan yang dilakukan oleh entiti Zionis yang kejam yang terus dilakukan setiap hari. “