Amaran Cuaca : Penduduk Kawasan Rendah Empat Daerah Diminta Waspada

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menasihati penduduk kawasan rendah berwaspada dengan kemungkinan banjir menurut amaran cuaca waspada peringkat kuning bagi empat daerah di Terengganu yang dijangka berkuatkuasa sehingga esok.

Menerusi laporan cuaca rasminya, antara kawasan terbabit adalah Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Besut disebabkan oleh pengaruh angin dari arah Timur Laut.

“Sepanjang tempoh ini, kawasan terbabit masih berpotensi menerima hujan lebat secara berterusan, oleh itu, orang awam kawasan terbabit lebih berhati-hati terutamanya di kawasan berkedudukan rendah dan kerap dilanda banjir.

“Kelompok awam aktif masih lagi tertumpu melibatkan timur semenanjung, agak tebal, menunjukkan keadaan hujan masih berterusan pada tempoh lama.

“Terdahulu, hujan berterusan tersebut telah berlaku sejak lewat malam tadi dengan keadaan angin ketika ini dipengaruhi dari arah timur laut, dengan terdapat kawasan penumpuan angin di Kelantan dan Terengganu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya lagi, keadaan tersebut boleh memberikan potensi keadaan cuaca lembap di kawasan tersebut serta keadaan angin bertiup kencang dengan kelajuan boleh mencapai sehingga 60 km/j.

Sumber: TRDI News