Amaran Hujan Berterusan Di 4 Negeri Ditamatkan – MetMalaysia

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR: Amaran hujan berterusan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak yang dikeluarkan pagi tadi ditamatkan.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah, berkata ia berikutan keadaan cuaca di negeri berkenaan dijangka bertambah baik.

Katanya, orang awam boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan itu.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi hotline MetMalaysia di 1-300-22-1638.

Sumber: Berita Harian