Ancelotti Mahu Kekal di Real Madrid Hingga 2024

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

LONDON – Jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti berkata dia merancang untuk terus kekal di kelab Sepanyol itu sehingga kontraknya tamat pada Jun 2024 selepas laporan mengatakan dia mungkin akan melatih pasukan kebangsaan Brazil.

Bos dari Itali itu berkata, dia kekal fokus dengan tugasnya di Madrid ketika pasukan itu mahu mempertahankan kejuaraan La Liga, Piala Super Sepanyol dan bersedia untuk Piala Kelab Dunia Februari depan.

“Saya tidak tahu apa yang dijanjikan pada masa depan, saya hidup hari demi hari,” kata Ancelotti kepada siaran radio Itali, Rai Radio 1.

“Pada ketika ini, saya gembira di Madrid, kami ada banyak objektif musim inu. Saya ada kontrak hingga Jun 30, 2024, dan jika Real Madrid tidak memecat saya sebelum itu, saya tidak akan ke mana-mana.”

Pengendali berusia 63 tahun itu dalam pada itu memuji jurulatih Argentina, Lionel Scaloni selepas pasukan berkenaan dimahkotakan selaku juara Piala Dunia selepas mengatasi Perancis di final.

“(Scaloni) melakukan tugas yang luar biasa dan tidak mencipta sesuatu yang baharu: dia meletakkan pemain di tempatnya dan memberikan mereka corak bertahan yang bagus,” kata Ancelotti.

Ancelotti akan meneruskan tugasnya di Real Madrid pada 30 Disember ketika mereka akan cuba mengekalkan kedudukan teratas La Liga dengan Barcelona dua mata di depan.

– BERITA HARIAN