Anda berhajat pelihara si bulus? Kenali 5 jenis kucing berbulu pendek yang sering jadi rebutan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KEBELAKANGAN ini ramai masyarakat di Malaysia berhasrat ingin memiliki haiwan peliharaan untuk dijadikan teman di rumah.

Tidak lain tidak bukan kucing adalah antara haiwan yang paling popular sekali.

Buat mereka yang baru mahu berjinak-jinak membela si bulus sudah pasti keliru untuk membuat keputusan dalam pemilihan jenis kucing.

Anda salah jika merasakan kucing yang mahal adalah pilihan terbaik, sebaliknya anda perlu tahu jenis-jenis kucing yang sesuai untuk dibela terlebih dahulu.

Sebenarnya kucing jenis berbulu pendek adalah antara pilihan yang terbaik.

Terdapat pelbagai jenis kucing berbulu pendek yang comel, mempunyai warna menarik dan keperibadian unik.

Antara lima jenis kucing yang sesuai menjadi haiwan peliharaan adalah:

1. Abyssinian

Abyssinian merupakan sejenis kucing yang mempunyai baka kucing berbulu pendek dan warna agak menarik.

Dipetik dari Tracy, Petty juri Cat Fanciers ‘Association (CFA) berkata asal kucing Abyssinian adalah dari Amerika Syarikat pada awal 1900-an.

Kucing ini juga dikenali sejenis yang aktif, ada sifat ingin tahu, pintar dan sangat suka tempat tinggi untuk diteroka.

2. American Shorthair

Selain itu, kucing American Shorthair juga di antara kucing yang berbulu pendek.

Asal usul kucing ini adalah dari Eropah dan kemudian bakanya berkembang membiak di Amerika dan setelah itu diberi nama ‘American Shorthair’ sehingga hari ini.

Antara ciri-ciri khusus kucing ini selain berbulu pendek, ia mempunyai bentuk badan yang seimbang, kaki lurus pendek dan corak yang unik.

3. Burmilla

Kucing ini dikenali mempunyai baka yang jinak dan berasal dari United Kingdom sejak 1981. Terdapat dua jenis burmilla iaitu berbulu panjang dan pendek.

Dalam pada itu, burmilla memiliki dua ciri khas iaitu warna matanya boleh berubah menjadi hijau, putih keperakan atau pelbagai warna lain.

Kebanyakkannya kucing burmilla ini berotot dan berat.

4. British Shorthair

Seterusnya, antara kucing yang jenis berbulu pendek adalah kucing ‘British Shorthair’

Kucing ini mempunyai rahang yang tebal, tulang besar dan berbulu gebu. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai mata yang besar dan kepala berbentuk bulat.

Asal usul ‘British Shorthair’ adalah baka kucing yang tertua di British dan dipercayai mereka adalah keturunan zaman kuno, Rom.

5. Kucing Siam

Terakhir sekali, kucing Siamese merupakan salah satu kucing purba negara Thai.

Antara ciri-ciri khusus kucing Siamese ialah memiliki mata biru yang menawan, telinga tegak dan paling menarik kaki belakang lebih tinggi dari kaki depan.

Kebanyakkan kucing Siamese ini berwarna coklat dan mempunyai ekor kecil.

Jadi, buat mereka yang sudah atau ingin membelanya ketahuilah memelihara kucing ini mampu menjadi terapi mental dan emosi seseorang, selain dapat mendisiplinkan diri serta membentuk sifat bertanggungjawab.

Sumber: mStar