Anda seorang pelupa? Cuba 5 cara ini untuk tajamkan ingatan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

PASTI ada di antara kita yang keluar rumah tiba-tiba terlupa membawa dompet atau tertinggal pelitup muka walaupun sudah meletakkannya di atas meja.

Sekiranya tabiat pelupa ini berterusan, ia dikhuatiri akan menimbulkan masalah meskipun faktor genetik, usia serta gaya hidup turut mempengaruhi masalah ini.

Bagaimanapun terdapat beberapa langkah untuk mencegahnya sekaligus menajamkan ingatan anda.

Beautiful girl drinking coffee or tea at the window. Amidst the mild morning sun shines through the glass window.; Shutterstock ID 1215822712; Job: GSK

1. Kopi

Kajian pada 2014 mendapati individu yang minum 200 miligram kafein setiap hari mendapat markah lebih baik ketika mengambil ujian ketajaman memori.

Kafien dapat meningkatkan daya ingatan jangka pendek. Kajian dilakukan Frontiers in Psychology mendapati orang dewasa yang minum kafein pada waktu pagi dapat meningkatkan memori dengan lebih baik.

2. Kurangkan pengambilan gula

Rasa manis memang sedap tetapi ia tidak baik buat ingatan seseorang. Sebuah kajian pada 2017 turut mendapati, diet tinggi gula boleh meningkatkan risiko penyakit alzheimer.

Untuk mengurangkan risiko hilang ingatan, sebaik-baiknya kawal pengambilan gula dalam diet.

3. Cokelat pahit (dark cokelat)

Rasa pahit dan manis dark chocolate membantu meningkatkan daya ingatan. Kajian pada 2011 mendapati kandungan flavonoid padanya membantu meningkatkan otak bekerja.

Orang yang makan dark chocolate memiliki prestasi lebih baik dalam mengingati sesuatu – sebaik-baiknya pilih yang mengandungi 72 peratus koko.

4. Tidur mencukupi

Tidur adalah penting untuk kesihatan manusia secara keseluruhan kerana ia mampu mempengaruhi kemampuan kognitif manusia.

Kurang tidur boleh menyebabkan gangguan kognitif termasuk dalam memproses memori.

5. Ikan berlemak

Tidak semua lemak itu jahat. Lemak tetap diperlukan tubuh apatah lagi omega-3 daripada ikan seperti ikan kembung, salmon dan sebagainya.

Lemak ini membantu mengawal inflamasi yang diakibatkan oleh insulin daripada pengambilan makanan bergula. Apabila inflamasi ini berlaku, ia boleh menurunkan kemampuan kognitif.

Sumber: mStar