Seorang askar Israel yang menjadi korban pertama Pasukan Pertahanan Israel (IDF) sebelum ini dengan bangganya menyatakan tentang tindakannya yang pernah merogol seorang wanita Palestin di sebuah kicauan (tweet) di media sosial.
Omer Tabib, 21 telah terbunuh dalam serangan peluru berpandu anti-tank dekat Jalur Gaza pada 12 Mei 2021, yang merupakan kematian pertama anggota tentera Israel dalam pertempuran baru-baru ini yang dicetuskan oleh pihak Israel sendiri bagi mengusir penduduk Palestin secara haram dari kediaman mereka di kawasan Sheikh Jarrah di Timur Jerusalem.
Ketika pasukan Israel menyerang Masjid Al-Aqsa pada bulan Ramadan, penduduk Palestin telah bertindak balas dan mengadakan tunjuk perasaan. Peperangan kecil yang berlaku mula menjadi besar dan merebak ke bahagian lain di wilayah Palestin yang dijajah termasuk kawasan Semenanjung Gaza.
Sebagai tindak balas, kumpulan HAMAS mula melancarkan serangan roket terhadap Israel dan meragut nyawa lapan orang, termasuk orang awam.
Israel meningkatkan keganasannya dan menyerang semua sasaran di Gaza termasuk orang awam, dan mengorbankan dari 120 orang penduduk, dengan jumlah 1/4 jumlah kematian kanak-kanak, selain lebih dari 500 cedera.
Tidak dapat dipastikan dengan jelas sama ada Tabib benar-benar merogol seorang wanita Palestin seperti yang ditulisnya atau hanya “bergurau” mengenainya, kerana dia menulis pertanyaan tersebut untuk membalas satu akaun Twitter pro-Palestin yang menyatakan dia dan tentera lain di IDF mengambil dadah, ppembunuh kanak-kanak” dan “pembunuh bayi . “
Selain itu, juga tidak ada siasatan yang jelas dari pihak IDF, organisasi di mana Tabib berkhidmat sebagai tentera ketika dia menyiarkan tweet itu.
Mayat Tabib telah ditanam di kampung halamannya di kawasan, Elyakim, yang kebanyakannya dihuni oleh orang-orang keturunan Yahudi Yaman. Ratusan penduduk tempatan dan anggota IDF mengambil bahagian dalam upacara pengebumian Tabib.