Angka Korban Gempa Bumi Turkiye-Syria Hampiri 42,000 Orang

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

ISTANBUL: Angka kematian akibat gempa bumi Turkiye-Syria menghampiri 42,000 orang. 

Lapor Al Jazeera, pihak berkuasa Turkiye berkata, 36,187 orang terbunuh di negara itu.

Kerajaan Syria dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula berkata, lebih 5,800 orang terkorban di Syria.

PBB turut melancarkan rayuan untuk bantuan AS$1 bilion (RM) untuk membantu mangsa gempa bumi di Turkiye minggu lalu.

Pasukan penyelamat juga terus mencari mangsa yang terselamat iaitu seorang remaja diselamatkan di Kahramanmaras Turkiye selepas 248 jam di bawah runtuhan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula berkata, zon yang paling membimbangkan kini ialah barat laut Syria di mana kemarahan semakin meningkat kerana lambatnya penghantaran bantuan kemanusiaan.

Sumber: UTUSAN