Angkat Seni Warisan Pertukangan Bot melalui Mural

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Sekitar Majlis Perasmian Mural Tukang Bot Klaut

Kuala Terengganu – Lukisan mural diagram bot nelayan mengangkat nilai seni warisan pertukangan bot Terengganu merupakan hasil karya 3 orang pelukis dari Pasukan AUR iaitu Taib Abd Razak,44 Khaidir Hakim Zaidan, 28 dan Aiman Faez Jailani, 24.

Lukisan mural yang memaparkan diagram dan struktur penuh binaan bot nelayan dilakar di atas tiang jambatan bersaiz 3.34 meter lebar dan 1.7 meter tinggi itu berlokasi di Pulau Ketam, iaitu pusat pembuatan bot.  

Selain menjadi mural hiasan, lukisan mural ini turut menjadi alat untuk menyebarkan pengetahuan dan rujukan terutama buat pengunjung yang berminat memahami seni pertukangan bot.

Sementara itu, menurut Taib Abd Razak projek ini memerlukan kajian yang mendalam dan memakan masa lebih kurang satu bulan lebih bagi memastikan ketepatan fakta dengan merujuk kepada .

Menurut Pengurus Projek, Nur Athirah Lokman berkata, mural yang diberikan nama ‘Tukang Bot Klaut’ diambil dalam dialek Terengganu bermaksud tukang untuk bot ke laut bagi mengikut bahasa warga tempatan.  Beliau juga turut dibantu oleh Saufian Othman, 42 sebagai pengurus teknikal.

Dalam majlis perasmian Mural Tukang Bot Negara pada 21 Januari yang lalu, YBhg. Dato’ Tom Abg Saufi, Pengerusi Balai Seni Lukis Negara berkata, “mural tukang bot ini memberi peluang kepada penggiat seni mural dan warga tempatan sekitar meraih pendapatan disamping mempromosikan Pusat Pembuatan Bot kepada orang ramai”.

“Setakat ini sebanyak 410 lukisan mural telah dihasilkan dan Pihak Balai Negara juga membuka peluang untuk penggiat seni negara menghasilkan karya-karya seni dan bekerjasama dengan Pusat Balai Negara”, katanya.   

Sumber: Unit Berita Manis FM