Apakah Hukum Korban Kambing Yang Buta Sebelah Mata Atau Ada Kekurangan?

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu seperti lembu, unta, kambing atau biri-biri pada tanggal 10, 11 dan 12 Zulhijjah. Tujuan utamanya adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan untuk mendapat kebaikan bagi setiap bahagian binatang yang dikorbankan.

Hukumnya adalah sunat muakkad, iaitu sunat yang dituntut terhadap mereka yang mempunyai lebihan harta daripada keperluannya dan keperluan orang yang berada di bawah tanggungannya.

Binatang yang dikorbankan pula hendaklah cukup syarat yang disenaraikan seperti – jika dikorbankan kambing, umurnya perlulah mencapai dua tahun dan lebih. Jika kurang, maka binatang tersebut tidak sah untuk dijadikan korban.

Begitu juga, perlu dilihat akan sifat haiwan tersebut supaya tidak mempunyai kecacatan yang boleh merosakkan ibadah korban.

Maksud: “Dari Ali bin Abi Talib, ia berkata bahawa Rasulullah SAW telah memerintahkan kepada kami supaya memerhatikan mata dan telinga (haiwan korban) agar tidak ada yang buta sebelah, yang muqobalah (terpotong telinganya dari depan) atau mudarabah (terpotong telinga dari belakang), atau telinganya tidak berlubang dan gigi depannya tiada.” (Hadis Riwayat Abu Daud, disahihkan oleh Imam Tirmidzi)

Jumhur ulama berpendapat bahawa, jika wujudnya kecacatan terhadap binatang itu, maka hukumnya adalah makruh tetapi ibadahnya tetap sah. Namun, jika boleh dielakkan, maka itu adalah lebih baik.

Antara kecacatan yang perlu dielakkan pada haiwan korban ialah;

  1. Tiada telinga atau terpotong telinganya walaupun sedikit.
  2. Terpotong ekor atau lidahnya.
  3. Binatang yang kurus yang menjadi kurang dagingnya.
  4. Berkudis walau sedikit kerana bimbang boleh memudaratkan dagingnya.
  5. Buta sebelah mata dan buta yang nyata.
  6. Buta kedua belah mata.
  7. Sangat tempang.
  8. Sedang bunting.

Kesimpulannya, Ibadah korban ialah salah satu bukti korban yang ingin disampaikan kepada Allah SWT. Jadi, berilah korban yang terbaik dan tiada cacat cela agar ia diterima oleh Allah SWT.

Sumber: TZKRH.COM