KUALA TERENGGANU – Walaupun masih ‘mentah’ pengalaman di pentas antarabangsa, ia tidak menghalang penyerang muda Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi untuk terus mengukir nama.
Pemain berusia 21 tahun itu membuktikannya pada aksi persahabatan antarabangsa menentang Papua New Guinea di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam tadi apabila penyerang Johor Darul Ta’zim itu meledak empat gol sekali gus membantu skuad kebangsaan berpesta gol 10-0.
Enam gol lagi disumbang menerusi hatrik Paulo Josue dan masing-masing satu daripada Safawi Rasid, Faisal Halim dan Daniel Ting.
Lebih membanggakan, Arif Aiman mengumpul lima jaringan bersama skuad kebangsaan setakat ini selain gol sulungnya ketika mengatasi Kepulauan Solomon 4-1 minggu lalu.
Enam gol lagi disumbang menerusi hatrik Paulo Josue dan masing-masing satu daripada Safawi Rasid, Faisal Halim dan Daniel Ting.
Lebih membanggakan, Arif Aiman mengumpul lima jaringan bersama skuad kebangsaan setakat ini selain gol sulungnya ketika mengatasi Kepulauan Solomon 4-1 minggu lalu.
Namun bagi saya tidak ada sebab untuk berpuas hati dalam penampilan kali ini, perjalanan masih jauh dan berliku, saya cuma memberikan yang terbaik dan bukan senang untuk membarisi kesebelasan utama pasukan kerana ramai pemain senior.
“Perlawanan ini juga sebagai persediaan untuk Piala Asia 2023 awal tahun depan, ia begitu penting buat kami, saya akan memperbaiki lagi kelemahan untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama,” kata pemain kelahiran Kuantan, Pahang itu ketika ditemui selepas tamat perlawanan.
Ketika ditanya adakah kemasukannya pada babak kedua menyaksikan skuad Harimau Malaya semakin ‘mengaum’, pemain yang sudah membuat 17 penampilan bersama skuad kebangsaan itu mengakui semua pemain beraksi dengan baik dan bersungguh-sungguh.
“Bagi saya semua pemain sudah memberikan yang terbaik sama ada pada babak pertama atau kedua, terima kasih kepada jurulatih yang memberikan peluang kepada saya untuk beraksi, tiada beza kerana semua pemain memperagakan aksi terbaik sehingga mampu menang besar.
“Namun pada babak pertama kami agak bergelut sedikit, mencipta banyak peluang namun tiada rezeki untuk menjaringkan banyak gol, tetapi pada babak kedua kami tingkatkan usaha sebelum berjaya jaring sembilan gol lagi,” katanya yang mahu fokus aksi separuh akhir Piala FA berdepan Selangor FC minggu depan.
– BERITA HARIAN