Arsenal Laung Amaran Awal, Julang Perisai Komuniti

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

LONDON – Arsenal menghantar amaran awal menjelang kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini apabila menewaskan penyandang juara, Manchester City 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi Perisai Komuniti di Stadium Wembley sebentar tadi.

Selepas aksi tanpa jaringan sepanjang 70 minit perlawanan, jaringan Cole Palmer seakan mampu menjadi jaringan kemenangan buat City.

Pemain itu melakukan jaringan lencong menarik untuk gol pembukaan City.

Namun Leandro Trossard mengikat kedudukan pada minit ke-101 selepas percubaannya terbias pertahanan City.

Keputusan seri 1-1 itu menyaksikan perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti yang menyaksikan tendangan Kevin de Bruyne terkena palang dan Rodri turut gagal menyempurnakan penaltinya,

Fabio Vieira menyempurnakan penaltinya untuk kemenangan buat Arsenal.

– BERITA HARIAN