Asma Mustafa, seorang guru perempuan dari Jalur Gaza, Palestin, berjaya meraih Anugerah “Global Teacher Prize 2020”. Beliau yang merupakan seorang guru bahasa Inggris di Sekolah Halima Al Saadia yang terletak di Jalur Gaza utara, merupakan graduan Pengajian Bahasa Inggeris di Universiti Islam Gaza pada 2008.
“Palestin layak memimpin pendidikan global” adalah visinya yang merangsangnya untuk terus bekerja keras dan mendorongnya untuk menyertai Konferens Antarabangsa. Beliau mengagumkan ribuan guru dari 110 negara dan memenangi pertandingan ini selepas beliau menyertai pertandingan mengajar yang mempersembahkan kreativiti pendidikannya. Antara karya kreatif yang pernah dihasilkan olehnya ialah “The Forty-Five Games to Teach English to Non-Native Speakers dan “Educational Trips Around the World to Teach English Language Skills”. Semasa berlakunya pengurungan total akibat pandemik, beliau memulakan inisiatif pengajaran “Guru di sebalik Skrin” dan mengajar para guru secara maya.
Asma Mustafa memaklumkan bahawa memang terdapat banyak masalah yang kadang-kadang melemahkan impian kebanyakan guru dan pelajar Palestin di Jalur Gaza, antaranya termasuk kekurangan elektrik dan kemiskinan di mana kebanyakan keluarga di Gaza tidak dapat membeli peralatan yang diperlukan bagi membantu anak-anak mereka menyertai pendidikan secara maya.
Guru wanita dari Palestin ini menyatakan beliau juga sedar banyak progres perkembangan pelajaran anak muridnya ketika beliau mula mengaplikasikan inisiatif aktiviti dan permainan. Beliau turut memaklumkan bahawa faktor utama yang mendorong beliau untuk memohon anugerah ini adalah untuk membawa Palestin ke Platform Antarabangsa.
Asma aktif dalam penglibatan di bahagian pendidikan antarabangsa serta syarikat yang menghasilkan produk pendidikan digital, seperti Microsoft, Google, Apple, Wakelet dan National Geographic.
Antara penilaian utama Asma yang paling menonjol yang membuatkan beliau memenuhi syarat untuk menang, adalah memanfaatkan penggunaan teknologi digital secara optimal dalam pendidikan, serta kerjasama tanpa had dengan guru di lebih dari 100 negara di seluruh dunia. Beliau juga terlibat aktif dalam banyak konferens pendidikan antarabangsa.
Organisasi “AKS Education Award”, yang menganjurkan pertandingan secara global lima tahun berturut-turut, tertarik pada pendidik yang berjaya membawa perubahan mendasar pada sistem pendidikan di seluruh dunia, dengan syarat yang ditetapkan oleh institusi.
Sumber : MEMO