Atal Digantung Tujuh Perlawanan Kerana Hantaran Anti-Yahudi

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

PARIS: Pemain antarabangsa Algeria, Youcef Atal dikenakan penggantungan tujuh perlawanan kerana hantaran kontroversi di media sosial berkaitan konflik antara Israel dan Hamas di Semenanjung Gaza, menurut pentadbir liga Perancis LFP semalam.

Atal sudah digantung oleh kelabnya Nice “sehingga diberitahu kelak,” walaupun dia segera memadamkan hantaran itu dan memohon maaf.

Pendakwa raya Perancis minggu lalu juga memulakan siasatan awal terhadap Atal kerana disyaki “mengagungkan keganasan.”

Atal dikritik teruk sejak awal bulan ini kerana berkongsi video daripada pendakwah Palestin di laman Instagram, kononnya menyeru keganasan terhadap orang Yahudi.

Pegawai bola sepak, ahli politik, kumpulan Yahudi dan datuk bandar Nice semuanya mengecam hantaran itu, yang dipadamkan Atal sebelum dia meminta maaf.

Perancis, yang mempunyai ramai penduduk Yahudi dan Islam, meningkatkan keselamatan selepas Hamas melancarkan serangan besar-besaran ke atas Israel pada 7 Oktober lalu. – AFP