50 Peratus Keluar Mengundi Di Terengganu
PUTRAJAYA – Separuh daripada keseluruhan pengundi yang berdaftar di Terengganu telah melaksanakan tanggunjawab itu setakat 1 tengah hari apabila peratusan keluar mengundi yang direkodkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebanyak 50 peratus. Menurut SPR peratusan keluar mengundi di lima negeri lain pula dalam lingkungan 40 peratus. Kedah dengan 49 peratus, Pulau Pinang (46 peratus), Selangor (44 peratus), Negeri Sembilan (42 peratus) dan Kelantan …