Farid Zakariah

Tewas Namun Ada Peningkatan

Kuala Lumpur – Pengendali skuad hoki senior lelaki kebangsaan Arul Selvaraj melihat kekalahan tiga kali berturut-turut kepada pasukan di ranking nombor satu dunia Australia sebagai pengajaran bermakna dalam usaha meningkatkan kualiti permainan untuk kejohanan akan datang. Arul berkata, anak buahnya kini dilihat tidak lagi mudah mengalah dan sentiasa melawan walaupun berada dalam situasi tertekan terutama …

Tewas Namun Ada Peningkatan Read More »

Tiada Kes Doping Libatkan Kontinjen Sukan SEA Setakat Ini

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengesahkan bahawa tiada atlet daripada kontinjen Sukan SEA yang gagal ujian doping setakat ini. Beliau berkata, Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) akan terus melakukan ujian secara sistematik ke atas para atlet bagi memastikan kontinjen negara bebas doping pada temasya dwitahunan itu. “Alhamdulillah, tiada kes setakat ini. Kita …

Tiada Kes Doping Libatkan Kontinjen Sukan SEA Setakat Ini Read More »

Liga Bola Ukraine Titamatkan

Paris – Kelab bola sepak Ukraine memutuskan untuk menamatkan musim yang digantung sejak pencerobohan dari Rusia bermula pada Februari lalu tanpa memberikan sebarang kejuaraan kepada mana-mana kelab. “Kedudukan setakat 24 Februari 2022 akan menjadi kedudukan terakhir musim 2021/2022 tanpa sebarang pemenang akan diberikan,” kata Liga Perdana Ukraine dalam satu kenyataan. “Keputusan yang sama dikemukakan untuk …

Liga Bola Ukraine Titamatkan Read More »

Sukan SEA: 31 Emas Sasaran Selamat

TIDAK keterlaluan jika dikatakan sasaran 31 pingat emas yang diletakkan buat kontinjen Malaysia pada temasya Sukan SEA Hanoi 2021 boleh dianggap sebagai satu sasaran selamat. Pemerhati sukan negara, Dr Pekan Ramli berkata, sasaran awal tersebut seharusnya diletakkan lebih tinggi dalam usaha mencabar atlet negara menghadirkan kejayaan lebih gemilang pada temasya edisi ke-31 itu. “Kita hantar …

Sukan SEA: 31 Emas Sasaran Selamat Read More »

Conte Tuntut PSG Gaji RM137j Setahun

London – Antonio Conte dijangka menuntut gaji dua kali ganda daripada apa yang diterimanya di Tottenham jika diminta mengendalikan Paris Saint-Germain, menurut laporan hari ini. PSG dilapor bakal memecat pengurus Mauricio Pochettino selepas mengharungi musim yang tidak konsisten walaupun baru sahaja menghadiahkan gelaran liga ke-10 dalam sejarah kelab. Conte muncul calon pilihan menggantikan Pochettino kerana …

Conte Tuntut PSG Gaji RM137j Setahun Read More »

Benzema Tagih ‘Magis Bernabeu’

MANCHESTER – Karim Benzema nyata yakin selepas meledak dua gol yang menghidupkan peluang Real Madrid pada aksi empat pasukan terakhir Liga Juara-Juara menentang Manchester City dan penyerang Perancis itu meramalkan pasukannya boleh layak ke final. Real ketinggalan dua gol sebanyak tiga kali pada saingan separuh akhir pertama di Stadium Etihad tetapi bangkit untuk hanya tewas …

Benzema Tagih ‘Magis Bernabeu’ Read More »

Man United ‘Enam Tahun di Belakang’ Liverpool

LIVERPOOL, England – Pengurus sementara Manchester United, Ralf Rangnick berkata bahawa kelabnya yang tewas 4-0 di Anfield, enam tahun ketinggalan di belakang Liverpool dan perlu dibangunkan kembali secara besar-besaran jika mahu merebut gelaran sekali lagi. United tewas 5-0 kepada Liverpool di Old Trafford pada Oktober dan sekali lagi jelas berada dalam kelas berbeza pada perlawanan …

Man United ‘Enam Tahun di Belakang’ Liverpool Read More »

Gelaran Antarabangsa Pertama Bakar Semangat Myisha

PETALING JAYA – Pemain perseorangan wanita muda negara, Myisha Mohd Khairul akhirnya menikmati gelaran juara di pentas antarabangsa selepas menjuarai Siri Antarabangsa Belanda di Wateringen kelmarin Kejayaan tersebut hadir selepas pemain berumur 19 tahun berkenaan berjaya mengatasi rakan senegara, Siti Nurshuhaini Azman 21-19, 18-21 dan 21-19 dalam aksi final yang berlangsung selama 70 minit. Kejayaan …

Gelaran Antarabangsa Pertama Bakar Semangat Myisha Read More »

Sasar Kutipan RM1.7 Juta Selamatkan Perak FC

IPOH – Gabungan Persatuan Penyokong Bolasepak Perak (TBG Mobs Perak Fans Club) menyasarkan kutipan sebanyak RM1.7 juta untuk membantu menyelesaikan kemelut kewangan yang dihadapi Perak FC. Setiausaha Kehormatnya, Hakimi Halim berkata, jumlah itu mampu dicapai sekiranya setiap rakyat di negeri ini menderma RM1 seorang dalam tempoh empat hari sehingga Khamis ini. “Sebelum ini kita harapkan …

Sasar Kutipan RM1.7 Juta Selamatkan Perak FC Read More »