Mira

Khabib Bimbing, Cetus Inspirasi Kepada Penagih Dadah

Khabib Nurmagomedov kini bekerja sama rapat dengan sebuah pusat pemulihan dadah amal. Juara lightweight UFC, yang bersara pada Oktober lalu meluangkan masa bersama rakan sepelatihnya, Magomedzaid Zaidov. Magomedzaid sebelum ini berdepan masalah ketagihan dadah selama kira-kira lapan tahun tetapi kini menubuhkan sebuah pusat pemulihan selain bertarung di MMA. Dia berkata Khabib memainkan tugas penting dalam …

Khabib Bimbing, Cetus Inspirasi Kepada Penagih Dadah Read More »

Acheh : Pelajar perempuan jadi buruh untuk bantu keluarga

Pada usia yang masih belasan tahun, seorang pelajar perempuan sekolah menengah dari Lhoksumawe di Aceh terpaksa menjadi buruh binaan demi menyara keluarganya. Lapor Kompas.com, pelajar yang dikenali sebagai Zahra bekerja di tapak pembinaan bagi meringankan beban ibunya, Lela agar keluarga mereka dapat meneruskan kehidupan. Jelas laporan itu, Lela merupakan ibu tunggal dan mempunyai empat orang anak. …

Acheh : Pelajar perempuan jadi buruh untuk bantu keluarga Read More »

Pasangan gay Kristian di Acheh memilih untuk dihukum mengikut jenayah Islam

Dua lelaki beragama Kristian dirotan di khalayak umum, di sini selepas didapati meminum arak dan berjudi. Hukuman sedemikian dilakukan dua minggu selepas dua lelaki yang mengadakan hubungan seks antara sesama jantina, dirotan hampir 80 kali. Kedua-dua tertuduh, masing-masing dirotan 40 kali di bahagian belakang badan oleh pegawai syariah. Seorang tertuduh, dikenali sebagai JF memilih hukuman …

Pasangan gay Kristian di Acheh memilih untuk dihukum mengikut jenayah Islam Read More »

Menteri di negara-negara Arab kembali komited bantu negara Palestin

Menteri-menteri luar Arab semalam menegaskan kembali komitmen mereka terhadap penyelesaian konflik dua negara Israel-Palestin, sambil memberi amaran terhadap ‘sebarang gerakan hanya satu pihak’ oleh Israel. Ia susulan rundingan Liga Arab di Kaherah, yang mana mereka ‘menekankan komitmen negara-negara Arab terhadap penyelesaian dua negara, yang mewujudkan negara Palestin yang berdaulat dan bebas berdasarkan undang-undang antarabangsa’. Mesyuarat …

Menteri di negara-negara Arab kembali komited bantu negara Palestin Read More »

Indonesia larang sekolah wajibkan pakai tudung terhadap pelajar bukan Islam

Kerajaan Indonesia mengambil keputusan untuk menguatkuasakan larangan memaksa murid perempuan daripada memakai tudung. Ia susulan daripada kes seorang murid beragama Kristian di bandar Padang, dipaksa untuk memakai tudung di negara yang majoriti penduduknya beragama Islam itu. Ibu bapa kepada pelajar tersebut kemudian secara rahsia merakam pertemuan bersama pegawai yang memberitahu, peraturan sekolah menetapkan semua pelajar …

Indonesia larang sekolah wajibkan pakai tudung terhadap pelajar bukan Islam Read More »

Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mempunyai bidang kuasa ke atas wilayah Palestin

Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) memutuskan pihaknya mempunyai bidang kuasa ke atas wilayah Palestin yang dijajah oleh Israel dalam perang Asia Barat 1967. Langkah itu sekali gus menyaksikan ICC boleh membuka siasatan jenayah peperangan terhadap tindakan ketenteraan Israel. Keputusan itu disambut baik oleh penduduk Palestin manakala Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pula mengkritik dengan menuduh mahkamah …

Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mempunyai bidang kuasa ke atas wilayah Palestin Read More »

Palestin kini guna poskod sendiri elak rampasan dari pihak Israel

Palestin mula menggunakan poskod sendiri, sebagai langkah memudahkan penghantaran bungkusan atau surat di wilayah yang dijajah, selain mengiktiraf kedaulatan negara itu.  Sebelum ini, surat antarabangsa yang dihantar ke atau dari Tebing Barat perlu melalui Jordan mahupun negara haram Israel.  Atas sebab itu, surat yang dihantar ke Tebing Barat terpaksa ditapis oleh rejim pengganas Israel – …

Palestin kini guna poskod sendiri elak rampasan dari pihak Israel Read More »

Tentera Israel roboh rumah berbentuk khemah milik penduduk Palestin

RAMALLAH – Tentera Israel pada Rabu merobohkan khemah-khemah milik kira-kira 60 penduduk Badwi Palestin di Lembah Jordan yang diduduki oleh rejim Zionis, kata wartawan AFP dan aktivis. Jentolak-jentolak dari negara Yahudi itu merobohkan khemah dan tandas mudah alih yang dimiliki oleh keluarga Badwi tersebut di Homsa al-Bagia iaitu sebuah kampung dekat Tubas di Tebing Barat, …

Tentera Israel roboh rumah berbentuk khemah milik penduduk Palestin Read More »

Wanita Uyghur Diperkosa Dan Didera Dengan Kejam

Di Xinjiang, Para wanita yang ditahan akan dirogol, tangan mereka digari, sebelum ‘diratah’ tentera China yang zalim dan mempunyai nafsu binatang.   Itu antara luahan etnik minoriti Islam Uighur yang menghuni Wilayah Xinjiang ketika ditemu bual wartawan BBC bagi membongkar kebiadaban tentera China yang menjadikan kem tahanan sebagai ‘rumah pelacuran’.  Seorang wanita dari Kazakhstan, Gulzira Auelkhan …

Wanita Uyghur Diperkosa Dan Didera Dengan Kejam Read More »

Hadis : Siapakah Manusia Yang Lemah?

Selalu kita dengar definisi orang yang lemah adalah orang tidak mampu melakukan pekerjaan yang berat. Namun, kali ini apa kata kita melihat definisi manusia yang lemah dari sudut ibadah. Ada sebuah riwayat daripada Abu Hurairah RA, Baginda SAW bersabda: أعجَزُ النَّاسِ من عجزَ عَنِ الدُّعاءِ ، و أبخَلُ النَّاسِ من بخِلَ بالسَّلامِ Maksud: “Manusia yang paling lemah adalah orang yang paling malas berdoa (kepada Allah). …

Hadis : Siapakah Manusia Yang Lemah? Read More »