Nabilah Azri

Penduduk Aceh mahu UNHCR pindahkan pelarian Rohingya

BANDA ACEH: Penduduk di Desa Ulee Blang Mee di wilayah Blang Mangat di Aceh membantah kebanjiran pelarian Rohingya di wilayah itu di hadapan bekas pejabat Imigresen Bandar Lhokseumawe. Penduduk kampung itu menggesa Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) memindahkan 229 pelarian Rohingya yang ditempatkan sementara di pejabat berkenaan. Penyelaras tindakan itu, Beni Murdani, dalam …

Penduduk Aceh mahu UNHCR pindahkan pelarian Rohingya Read More »

Buruh pukul anjing guna kayu hingga cedera didenda RM23,000

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) — Seorang buruh yang memukul seekor anjing betina dengan sebatang kayu sehingga cedera, didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini. Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob menjatuhkan hukuman itu ke atas Yong Kay Sang, 62, selepas dia mengaku bersalah memukul haiwan milik Yee Chan Fai, 35, di sebuah …

Buruh pukul anjing guna kayu hingga cedera didenda RM23,000 Read More »

‘Berilah maklumat tepat jika ada bukti kes sorok telur’

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup meminta semua pihak termasuk persatuan pengguna dan pengusaha untuk menyertakan maklumat yang tepat dan lengkap setiap kali membuat laporan terhadap sebarang pelanggaran undang-undang membabitkan kepenggunaan termasuk isu kekurangan telur. Ketua Penguat Kuasa, Azman Adam, berkata ketika ini juga kementerian itu hanya mengawal selia tiga gred telur …

‘Berilah maklumat tepat jika ada bukti kes sorok telur’ Read More »

Peniaga dipenjara 3 tahun miliki rokok seludup

KUALA TERENGGANU: Peniaga dijatuhi hukuman penjara tiga tahun di Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memiliki 136,040 batang rokok seludup pelbagai jenama di rumahnya. Tertuduh, Shafwan Abdullah, 46, turut diperintahkan membayar cukai sebanyak RM27,280 kepada Ketua Pengarah Kastam atau berdepan hukuman penjara enam bulan lagi jika gagal menjelaskan cukai berkenaan. Majistret Nordiana Abd Aziz …

Peniaga dipenjara 3 tahun miliki rokok seludup Read More »

Siti Bainun cuti sakit 22 hari, perbicaraan kes Bella ditangguh

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu, pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, diberi sijil cuti sakit (MC) selama 22 hari berakhir 19 Disember ini akibat masalah kesihatan. Peguam bela Siti Bainun, Nur ‘Aminahtul Mardiah Md Nor, berkata Siti Bainun dijangkiti bakteria, yang memerlukan pengambilan antibiotik selama 15 hari sebelum menjalani pembedahan hempedu. Beliau …

Siti Bainun cuti sakit 22 hari, perbicaraan kes Bella ditangguh Read More »

Alumni Abidin menyampaikan infaq kepada 200 orang pelajar asnaf

KUALA TERENGGANU: Seramai 200 orang pelajar menerima infaq daripada Persatuan alumni pelajar-pelajar Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (SMASZA) di sini, pagi semalam. Yang Dipertua Abidin, Tan Sri Dato’ Prof. Dr. Mohd Yusof Haji Md. Noor berkata 200 orang pelajar ini dipilih daripada tiga buah sekolah iaitu 60 orang pelajar daripada Sekolah Menengah Agama Sultan …

Alumni Abidin menyampaikan infaq kepada 200 orang pelajar asnaf Read More »

JKM, JBPM Pahang jalin kerjasama strategik bantu mangsa banjir

KUANTAN: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjalin kerjasama strategik dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang bagi mengagihkan bantuan keperluan asas kepada mangsa banjir di negeri ini. Pengarah JKM Pahang, Datuk Zulkhairi Zainol Abidin memaklumkan melalui kerjasama itu, JKM membekalkan empat jenis barangan kepada JBPM negeri untuk diberikan terus kepada mangsa banjir ketika proses penempatan …

JKM, JBPM Pahang jalin kerjasama strategik bantu mangsa banjir Read More »

Penjawat Awam Perlu Perkasa Integriti dalam Bendung Rasuah

KUALA TERENGGANU – – Kerajaan negeri hari ini mengadakan Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sempena Perasmian Penutup Bulan Integriti Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2022 yang merupakan salah satu inisiatif dalam kerajaan negeri bagi membendung masalah berkaitan dengan integriti, rasuah terutamanya di kalangan penjawat awam. Setiausaha kerajaan Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja berkata pihak kerajaan …

Penjawat Awam Perlu Perkasa Integriti dalam Bendung Rasuah Read More »

Laluan dilencongkan mulai 7 pagi esok sempena penamaan calon DUN Tioman

KUANTAN: Kenderaan ringan dari Mersing menghala ke Kuantan yang menggunakan laluan utama berhampiran Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Rompin akan dilencongkan bermula 7 pagi hingga 2 petang esok, sempena hari penamaan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar, berkata …

Laluan dilencongkan mulai 7 pagi esok sempena penamaan calon DUN Tioman Read More »

Penceramah bebas didakwa kes amang seksual kanak-kanak 5 tahun

KUALA TERENGGANU: Seorang penceramah bebas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan yang juga ahli keluarganya. Tertuduh, 61, membuat pengakuan itu selepas tiga pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa …

Penceramah bebas didakwa kes amang seksual kanak-kanak 5 tahun Read More »