Awas! Elakkan letak barang di atas peti sejuk, ada bahaya menanti anda

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

TAHUKAH anda peti sejuk juga boleh rosak meskipun masalah itu bukan berpunca daripada kerosakan litar atau kualitinya tetapi disebabkan tabiat sesetengah individu meletak barang di atas alat elektrik itu.

Pasti ramai daripada kita yang pernah meletakkan barang di atas peti sejuk, kerana ia antara penyelesaian untuk menjimatkan ruang di dapur.

Namun, sebenarnya ruangan yang ada di atas peti sejuk itu seeloknya dibiarkan kosong atau jika perlu sekali pun hanya letakkan barang-barang kecil seperti hiasan, kotak dan bekas makanan.

Paling bahaya apabila ada segelintir yang bertindak meletakkan alat atau barang elektronik seperti TV, ketuhar, microwave dan sebagainya di atasnya.

Perkara ini sememangnya dapat menimbulkan masalah dari segi tenaga yang boleh menyebabkan kebakaran yang serius akibat suhu berbeza dan mempunyai gelombang elektromagnetik.

Sementara itu, kepada mereka yang meletakkan peti sejuk di tempat yang terdedah dengan cahaya matahari atau ruangan lebih hangat sila pastikan anda elak daripada meletakkan barang-barang yang boleh menyebabkan berlakunya kebakaran.

Barang elektronik yang diletakkan di atas peti sejuk ini bukan sahaja boleh menjadi panas dan dapat merosakkan peti sejuk anda bahkan pancaran gelombang elektromagnetik mampu mengganggu sistem pendinginan peti sejuk.

Sumber: mStar