Awas! Ni Yang Terjadi Kalau Suka Sangat “Patahkan” Jari

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Ramai orang kita gemar mematahkan jari. Setiap kali jari terasa lenguh, cepat-cepat mereka akan meletupkan atau mematahkan jari yang kononnya bisa melegakan rasa ketidakselesaan yang dialami. Apakah ianya tidak mendatangkan bahaya kepada tulang jari-jemari yang hampir setiap hari dilentur itu? Perbuatan itu umpama telah melanggar fitrah kejadian manusia dan menurut pakar, ini yang akan terjadi.

Kenapa Jadi Ketagih?

Sebenarnya otak yang pengaruh diri untuk anggap bunyi letupan itu sebagai sesuatu yang melegakan. Jadi, semakin hari apabila sering dilakukan… ia akan berubah menjadi tabiat. Otak kamu akan rasa perbuatan itu melegakan kelenguhan jari. 

Apa Yang Meletup?

Setiap kali mematahkan jari, akan ada bunyi seolah tulang meletup. Walhal, itu adalah bunyi yang dihasilkan apabila cecair pelincir jenis sinovial dan gas yang bertakung pada bahagian penyambung tulang itu berinteraksi.

Risiko Penyakit Tulang Athritis?

Seorang saintis membuat eksperimen terhadap dirinya di mana dia telah meletupkan jari di sebelah tangannya setiap hari selama 60 tahun manakala yang sebelah lagi tidak diletupkan. Ternyata, tangannya yang diletupkan saban hari itu langsung tidak diserang Arthritis dan ini membuktikantabiat meletupkan atau mematahkan jari-jemari itu membawa keburukan buat manusia.

Jejas Kekuatan Tangan

Dalam sebuah kajian yang diterbitkan, keburukan tabiat ini masih boleh dinilai menerusi kekuatan tangan. Ini kerana, tabiat meletupkan jari atau mematahkan jari-jemari itu dipercayai akan melemahkan kekuatan tulang tangan sekaligus menjadikan tulang haus dari masa ke masa.

Tulang Jari Melebar Buat Cincin Tersekat

Seperti penulis, meletupkan jari itu adalah perkara yang menyakitkan manakala kebanyakan orang lain menganggapnya suatu nikmat. Jadi penulis dapat bezakan antara jari penulis dengan mereka yang kerap meletupkan jari.

Ternyata orang yang memiliki tabiat itu mempunyai kelebaran jari yang ekstrem berbanding jari penulis. Tulang pada setiap buku jari (bahagian penyambung tulang) telah melebar sehingga kadang-kala menyekat cincin untuk masuk secara lacar pada bahagian jari. Jadi, kalau tak mahu tulang buku jari melebar, sila elak meletupkan jari.

Untuk korang yang selalu letup-letupkan jari tu… tak rasa ngilu ke? ❤

Sumber : Wanista