Awina Ikan Baung Pintu Gerbang Titian Baru

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Oleh: Naema Rashid

 

Murah, sedap dan berbaloi!

  Puan Azlina Mokhtar pengusaha Kedai Makan Awina Ikan Baung Pintu Gerbang

Itulah yang boleh digambarkan dengan Awina Ikan Baung Pintu Gerbang yang tersohor di Kampung Titian Baru, Kuala Terengganu. Menyediakan pelbagai hidangan selera kampung yang pasti membangkitkan selera anda semua. Seperti namanya Awina Ikan Baung sudah pasti pengunjung yang datang seharusnya mencuba ‘signature dish’ di kedai ini iaitu Ikan Baung Tempoyak. Diasaskan oleh Puan Azlina Mokthar yang merupakan penduduk setempat itu juga meyatakan kedai itu telah beroperasi selama 3 tahun bersama ahli keluarga yang lain.

Ikan Baung Masak Tempoyak

Selain Baung Masak Tempoyak, Awina Ikan Baung Pintu Gerbang juga menyediakan lauk yang lain seperti ikan  Patin dan Talapia  Pais Tempoyak, Ikan Bakar yang dihidangkan bersama ulam-ulaman. Dengan pakej bermula dari RM 9.00 hingga RM 12.00 mengikut saiz ikan  termasuk minuman, ulam-ulaman, budu dan tempoyak pastinya sangat berbaloi untuk dinikmati sehingga 3 hingga 4 orang.

Paih Ikan Patin

Ikan yang segar diambil setiap hari dari Manir dan dimasak terus oleh Puan Azlina sendiri dan dihidangkan kepada orang ramai bermula jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang setiap hari. Orang ramai diingatkan supaya datang awal kerana menurut Puan Azlina, lauk-pauk biasanya akan habis menjelang jam 2.00 petang selepas waktu makan tengahari.

Jika anda menyukai atau berminat dengan lauk selera kampung dan Ikan Baung Tempoyak jangan lupa singgah Kedai Makan Awina Ikan Baung Pintu Gerbang di Kampung Titian Baru, Kuala Terengganu.

SELERA MANIS EP02 : AWINA IKAN BAUNG PINTU GERBANG ATAS TOL

Kat Kuala Terengganu ni mana agaknya nak lauk Ikan Baung yang sedap dan murah ya? Haa. kalau anda nok tahu, cubalah singgah di Awina Ikan Baung Pintu Gerbang? Selain dari Ikan Baung Masak Tempoyak, pelbagai lauk selera kampung seperti Ikan Patin Paih, Ikan Bakar yang dihidangkan bersama budu dan ulam-ulaman! Memang cun memang sedap! Beroperasi setiap hari bermula jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang dengan menu-menu yang best.Lokasi kedai di Kampung Titian Baruhttps://goo.gl/maps/tpmVKXSoNwwqGZRg6Meh pakat ramai-ramai, ajok member-member lepak sini makan tengoh hari sining!Sebarang pertanyaan boleh hubungi 013 9348770 Cik Na#vbt2020 #spotmanis #manistv #paparanpantaitimur #manisfm #gayapantaitimur #kamikongsi #seleramanis #localspot #sedap #streetfood #ikanbaung #ikanbaungsedap #ikanpatintempoyak #lunch

Posted by Manis TV on Wednesday, January 29, 2020

Sumber: Selera Manis Manis Tv