Badan Hak Wanita Tuntut Keadilan Bagi Gadis Muslim di India Yang dibakar hidup-hidup

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Pada 30 Oktober, seorang gadis Muslim berusia 20 tahun, Gulnaz Khatoon, telah dibakar hingga mati oleh seorang lelaki Hindu dan rakan-rakannya setelah menolak permintaan perkahwinan di wilayah timur Bihar, India.

Disebabkan itu, banyak pemimpin politik dan organisasi wanita di India bergabung untuk menuntut keadilan bagi seorang gadis Muslim yang dibakar hidup-hidup oleh seorang lelaki Hindu ini.

Gulnaz Khatoon dipercayai dibakar setelah tertuduh menuangkan minyak tanah ke atasnya di kampung Rasoolpur di daerah Vaishali, Bihar.

Khatoon mengalami luka terbakar sebanyak 75 peratus dan kemudian meninggal di Patna Medical College Hospital pada hari Ahad. Gadis itu sebenarnya telah bertunang dan telah merancang untuk berkahwin dalam tempoh empat bulan dengan lelaki pilihan hatinya.

Keluarga gadis itu juga menyatakan bahawa polis belum dapat menangkap tertuduh yang dikenali sebagai Satish Kumar Rai, Chandan, dan Vinod Rai.

Bagaimana hal ini boleh berlaku ?

Satish Kumar Rai telah memaksa Gulnaz untuk menikah dengannya namun permintaan itu telah ditolak oleh gadis itu. Marah dengan penolakannya, Satish dan rakan-rakannya telah membunuh gadis itu. Gadis itu enggan mengadakan hubungan perkahwinan antara agama dengan Rai.

Menurut laporan media, Gulnaz dibakar ketika dia keluar untuk membuang sampah isi rumah pada petang 30 Oktober.

Menurut pernyataan video mangsa sebelum kematiannya, pada mulanya dia ditangkap oleh ketiga-tiga tertuduh, dan mereka mula menganiaya dia. Ketika dia menentang dan mengancam untuk memberitahu ibunya mengenai tindakan mereka mereka, tertuduh yang marah itu menuangkan minyak tanah kepadanya.

Kenyataan itu menyebut bahawa Satish Rai, telah menuangkan minyak tanah dan membakarnya. Tidak lama kemudian, penduduk kampung berkumpul setelah mendengar jeritannya. Menurut pihak polis, pihak tertuduh telah melarikan diri dan tiga pasukan polis telah dibentuk untuk menangkap mereka.

Pembunuh masih dalam pencarian

Adik perempuan mangsa iaitu Khatoon Gulshan Parveen menyatakan bahawa pembunuh  Berjaya melarikan diri dari tempat kejadian sebaik penduduk kampung berkumpul setelah mendengar jeritan.

“Pihak tertuduh telah mengintai dan melakukan kesalahan seksual terhadap kakaknya selama tiga-empat bulan terakhir kemudian memaksanya untuk berkahwin dengan Satish Rai. Kakaknya dibunuh keranamenolak permintaan untuk berkahwin itu.

Setelah kematian Khatoon pada hari Ahad, keluarganya mengadakan demonstrasi di bandar untuk menuntut hukuman bagi pelakunya.

Menurut ibu mangsa ,Shaimuna Khatoon mereka hanya mahukan keadila. Sudah 17 hari berlalu, namun masih tiada respon diterima.

Ekoran daripada pembunuhan kejam ini, banyak organisasi wanita menuntut penangkapan segera tertuduh dan menuntut pampasan sebanyak dua juta rupee ($ 27,000) serta pekerjaan dari pihak kerajaan kepada keluarga mangsa, selain melakukan siasatan dan perbicaraan yang adil di mahkamah dengan lebih pantas.

Sumber : TRT