Badan Pendidikan di Belgium Izinkan Pelajar Perempuan Muslim Bertudung

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Foto : BBC News

Pihak universiti di daerah Wallonia, Belgium akan membenarkan pelajar perempuan Muslim bebas memakai tudung mulai September 2021.

“Berita baik! Kini wanita akan dapat melanjutkan pendidikan dan impian mereka untuk memiliki karier profesional.

”pernyataan Collective Against Islamophobia di Belgium (CCIB) di Twitter

Keputusan itu, yang dikeluarkan pada hari Sabtu (23/1), membatalkan larangan “simbol agama” yang pernah dikeluarkan pada bulan Jun 2020 tahun lalu, termasuk pemakaian tudung di sekolah dan pendidikan tinggi.

Sejurus selepas keputusan itu, 12 universiti dan kolej Belgium telah memberi jaminan kepada pelajar bahawa mereka tidak akan mengenakan larangan memakai tudung dan menekankan bahawa kebebasan beragama dilindungi di bilik kuliah.

“Kami menukar prinsip, demi hak yang diinginkan oleh pihak paling ramai demi memerangi ketidakadilan,”

Julien Nicaise, Wakil pentadbir Umum Wallonia-Brussels Education (WBE)

Julien Nicaise ialah Wakil pentadbir Umum Wallonia-Brussels Education (WBE), iaitu badan umum yang mengendalikan sekolah-sekolah awam berbahasa Perancis di Belgium, kepada laman media tempatan, DHnet.

“Kepentingan awam mesti diutamakan. Kami tidak lagi boleh untuk menolak suara para pemudi ini dengan alasan mereka bertudung untuk menghalang mereka dari belajar, Yang mana Diploma ialah tiket mereka untuk meemasuki bidang kerjaya”, tambah Julien

Islam melihat tudung sebagai pakaian syariah yang wajib, bukan hanya simbol agama yang memperlihatkan pakaian seseorang.

Bulan lalu, Mahkamah Perlembagaan Austria juga membatalkan larangan tidak boleh tudung untuk pelajar di sekolah rendah, yang menganggapnya sebagai satu bentuk diskriminasi dan tidak berperlembagaan.

Beberapa hari sebelumnya, sebuah mahkamah Sweden juga turut membatalkan undang-undang yang melarang semua bentuk penutup kepala Muslim di sekolah.