Bagaimana Jika Tersedar Rambut Terkeluar Setelah Selesai Solat?

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Masalah rambut terkeluar sedikit atau ternampak kaki sewaktu solat adalah masalah yang kecil, namun sebenarnya ia boleh memberikan kesan yang besar kepada solat tersebut.

Apabila solat, wanita wajib menutup keseluruhan anggota badannya kecuali muka dan tapak tangan. Justeru, hari ini dapat kita lihat ada juga yang solat tanpa memakai telekung. Ia adalah dibolehkan selagi mana menutup aurat dan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Namun, jika terkeluar sedikit aurat seperti rambut dan ia hanya disedari setelah selesai solat, adakah batal solatnya?

Dalam hal ini, jumhur ulama telah membincangkan mengenainya secara panjang lebar dan dapat kita lihat bahawa ia adalah tidak batal. Ini adalah melalui perbahasan daripada jumhur ulama, iaitu;

Aurat yang terkeluar secara sedikit dan tanpa disedari, maka ia adalah dimaafkan. Hal ini kerana, ia berlaku tanpa kawalan selepas kita berusaha menutupnya dan dalam masa yang sama tidak disedari.

Jika pada awalnya disedari, maka wajib ke atas wanita tersebut untuk segera menutupnya dan menyambung solat itu seperti biasa dan solatnya tersebut tidak batal.

Sekiranya dia menyedari bahawa rambutnya ternampak tetapi tidak mengendahkannya dengan menutup aurat tersebut, maka solatnya adalah batal dan wajib mengulanginya semula.

Imam Al-Syirazi bersabda yang bermaksud: “Maka, jika terdedah suatu pun daripada jenis aurat, sedangkan dia mampu untuk menutupnya, maka tidak sahlah solat.”

Hal ini adalah sama dengan aurat yang lain, baik untuk lelaki mahupun perempuan. Apabila tersedar bahawa aurat terbuka, maka cuba untuk menutupnya tanpa melibatkan perkara-perkara yang boleh membatalkan solat.

Sumber: TZKRH.COM