Bagaimana Luqman Al-Hakim Mendidik Anaknya ?

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Kredit : Google Imgae

Bagi ibu bapa, mendidik anak adalah satu tanggungjawab yang berat. Mereka perlu seimbang dalam mengambil cakna, berkongsi, bertegas dengan anak, memberi peluang kepada mereka untuk menyuarakan pendapat mereka. Semasa mendidik, komunikasi adalah hal yang sangat penting dalam keluarga. Mesej komunikasi yang baik dari ibu bapa akan membantu anak-anak untuk memahami mesej yang ingin disampaikan. Komunikasi yang berkesan akan menzahirkan kasih sayang. Paraibu bapa dijadikan teladan bagi sang anak, ibu dabapa harus berhikmah dalam mendidik. Di dalam Al-quran banyak panduan bagi para ibu bapa untuk mendidik anaknya. Antaranya telah dinyatakan dalam surah Luqman mengenai seorang lelaki yang bernama Luqman Al-Hakim mendidik anaknya.

Siapakah Luqman Al Hakim ?

Di dalam Al-Quran, Luqman Al-Hakim digambarkan sebagai seorang yang sederhana, tanpa harta yang melimpah ruah, namun beliau mampu melaksanakan kewajipannya sebagai seorang ayah dengan baik. Luqman membekali anak anaknya dengan nasihat-nasihat yang hebat dan merangkumi pelbagai aspek kehidupan iaitu akidah, syariah dan akhlak agar anaknya bahagia bukan hanya di dunia tetapi juga di akhirat.

Luqman merupakan seorang bapa yang tidak pernah jemu menasihati anak-anaknya Setiap nasihat daripadanya sentiasa diselitkan tentang hal-hal seperti bersyukur sentiasa kepada Allah kerana siapa yang bersyukur kepada Allah bermakna dia bersyukur untuk dirinya sendiriJelas dinyatakan dalam Al-Quran bahawa Luqman Al-Hakim telah dikurniakan hikmah. Hikmah di sini bermaksud kebijaksanaan dan kecerdikan. Hal ini terserlah melalui ungkapan nasihat kepada anaknya yang dirakamkan di dalam al-Quran al-Karim.

Nasihat Luqman Al-Hakim kepada anaknya di dalam Al-Quran

Akhir kalam, marilah sama-sama kita mengambil beberapa pengajaran daripada nasihat Luqman al-Hakim antaranya, firman Allah SWT:

يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنكَرِ وَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا أَصَابَكَ ۖ إِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ ﴿١٧﴾ وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا ۖ إِنَّ اللَّـهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ ﴿١٨﴾ وَاقْصِدْ فِي مَشْيِكَ وَاغْضُضْ مِن صَوْتِكَ ۚ إِنَّ أَنكَرَ الْأَصْوَاتِ لَصَوْتُ الْحَمِيرِ

Maksudnya“Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.

“Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

“Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai”.

(Surah Luqman: 17-19)

Nasihat Luqman Al-Hakim selain daripada yang disebut di dalam Surah Luqman

Antaranya:

  • Wahai anakku! Sebenarnya dunia itu ibarat lautan yang dalam. Sudah ramai manusia yang tenggelam di dalamnya. Oleh itu, jadikanlah perahumu di dunia dengan pakaian bertaqwa kepada Allah, penumpangnya adalah keimanan dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah. Semoga kamu semua selamat. Tetapi aku tidak yakin kamu akan selamat.
  • Sesiapa yang dapat menasihati dirinya sendiri, pasti beliau akan mendapat pemerhatian daripada Allah.
  • Sesiapa yang dapat menyedarkan orang lain dengan dirinya sendiri, pasti Allah akan menambah kemuliaannya kerana proses menyedarkan orang lain itu.
  • Hina dalam rangka taat kepada Allah lebih baik daripada membanggakan diri melakukan maksiat.
  • Wahai anakku! janganlah kamu bersikap terlalu manis kerana pasti engkau ditelan. Jangan kamu bersikap terlalu pahit kerana engkau pasti akan dimuntahkan.
  • Hai anakku! Jika kamu hendak menjadikan seseorang itu sebagai teman maka hendaklah kamu membuat dia marah kepadamu terlebih dahulu. Jika dia memaafkan ketika marah, maka bersaudaralah dengannya. Jika dia tidak memaafkanmu, maka berhati-hati terhadap dirinya.

Menurut Sayyid Qutb , tindakan Luqman Al-Hakim memberi nasihat kepada anaknya itu merupakan sebuah tindakan yang bijak, bersih dari cacat cela kerana Luqman telah dikurniakan kebijaksanaan. Nasihat dengan menggunakan bahasa yang lunak adalah saluran yang digunakan oleh Luqman sebagai seorang bapa kepada anak. Luqman menggunakan lafaz ي بُنَ َٰي َyang menunjukkan bentuk tarqiq iaitu ungkapan kasih sayang dan kelembutan. Ia menunjukkan bahawa  ibu bapa sangat memainkan peranan besar bagi menerapkan mesej berkaitan akidah (tauhid), ibadah, akhlak dan dakwah.

Kesimpulannya, Al-Quran banyak memberikan panduan termasuk dalam aspek kekeluargaan. Para ibu bapa boleh mencontohi bagaimana Luqman Al-Hakim menasihati anaknya dengan kelembutan dan penuh ilmu. Dengan didikan yang betul, anak didikan ibu bapa akan membesar dengan baik mengikut acuan Islam.  

Rujukan :

  1. Safinah Ismail, Jurnal Elemen Komunikasi Bapa Dalam Surah Luqman.
  2. Safinah Ismail, Rosmawati Mohammad Rasit, Zulkefli Aini, Mesej Komunikasi Keluarga dalam Surah Luqman, Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah Vol 6 Bil 1 (2019)
  3. Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-246 : Adalah Luqman Seorang Nabi?