Bahaya Tinggalkan Hand Sanitizer Dalam Kereta!

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Cecair pembasmi kuman atau hand sanitizer merupakan antara bahan yang digunakan bagi mengekang penularan virus seperti COVID-19. Ia merupakan bahan yang berasaskan alkohol dan mudah untuk terbakar sekiranya terdedah pada suhu tinggi.

awas, jangan tinggalkan hand sanitizer dalam kereta!

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr. N Ganabaskaran berkata, cecair itu seharusnya disimpan jauh daripada tempat yang terdedah kepada cuaca panas atau punca api seperti rokok dan sebagainya bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

“Bahan itu berasaskan alkohol dan ia berpotensi tinggi untuk terbakar. Atas sebab itu, jangan tinggalkan di dalam kereta dan pastikan ia disimpan jauh dari suhu tinggi dan api.”, katanya.

awas, jangan tinggalkan hand sanitizer dalam kereta!
awas, jangan tinggalkan hand sanitizer dalam kereta!

Cecair pembasmi kuman ini dilihat menjadi ‘peneman setia’ kebanyakkan daripada kita dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19. Justeru, adalah perlu bagi kita untuk menyimpannya ditempat yang selamat bagi mengelakkan ia menjadi punca kepada kebakaran.

Sumber: FMT