Bajet 2022 Bantu KDNK 8.9% Bagi Suku Kedua 2022

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
sumber foto : AWANI

Malaysia berada pada landasan yang begitu baik dari sudut ekonominya yang memperlihatkan ekonomi Malaysia pada suku kedua 2022 berkembang lebih kukuh melebihi 8% berikutan disokong oleh hasil daripada dasar fiskal yang mengembang melalui Bajet 2022.

Ia adalah limpahan positif daripada pakej bantuan dan rangsangan ekonomi.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pembukaan semula ekonomi sepenuhnya dan sempadan antarabangsa, telah mendorong pertumbuhan penggunaan swasta sebanyak 18.3% (berbanding suku pertama 2022 iaitu 5.5%) yang merupakan penyumbang utama kepada KDNK.

Selain itu, pertumbuhan Suka Kedua 2022 juga disokong oleh pemulihan pasaran buruh yang berterusan dan peningkatan permintaan dalam dan luar negara, terutama melalui sektor perkhidmatan dan pembuatan.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata antara petunjuk ekonomi yang memperlihatkan trend aliran pertumbuhan, termasuk kadar pengangguran yang menurun kepada 3.8 peratus pada Jun lalu.

Kadar pengganguran tersebut, jelas beliau, adalah yang terendah sejak COVID-19 melanda negara dengan sejumlah 630,000 penganggur berbanding 826,000 pada Mei 2020.

Dalam pada itu menurut laporan AWANI, MoF  kini sedang giat menyediakan Bajet 2023 melalui konsultasi dan libat urus dengan pelbagai sektor ekonomi dan negeri bagi memastikan bajet tersebut memberi manfaat kepada seluruh Keluarga Malaysia.

Antara tumpuan keutamaan, kata Tengku Zafrul, adalah pengurusan subsidi yang lebih mampan, pembaharuan ekonomi serta pengukuhan daya tahan negara terhadap kejutan masa depan.

“Berikutan cabaran serius ketidaktentuan geopolitik dan perubahan iklim, inisiatif yang berkaitan dengan kemampanan juga akan dipertimbangkan secara lebih meluas.

“Seiring dengan momentum pemulihan ekonomi pascaCOVID-19, Bajet 2023 akan terus mengutamakan kebajikan rakyat, khususnya dari segi peningkatan pendapatan dan perlindungan sosial.

“Usaha pembaharuan ekonomi juga akan diberi keutamaan untuk memastikan pertumbuhan jangka panjang serta peningkatan daya saing dalam perniagaan dan rantaian nilai,” ujarnya.

Sumber : UNIT BERITA MANIS FM