BAM Tidak Akan Daftar Lee Zii Jia Untuk Mana-Mana Pertandingan Selama Dua Tahun

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memutuskan untuk tidak mendaftarkan pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia dalam sebarang pertandingan antarabangsa melibatkan negara berkuat kuasa 18 Januari lalu.

Timbalan Presiden 2 BAM, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos berkata, penggantungan itu akan berjalan selama dua tahun.
Menurut beliau, BAM dan Zii Jia telah melakukan beberapa siri perbincangan sebelum ini dan meminta pemain tersebut mempertimbangkan keputusannya.

Bahkan, Zii Jia, kata Jahabardeen, turut menyenaraikan beberapa permintaan.

Bagaimanapun, katanya, BAM tidak dapat memenuhi permintaan tersebut dan menegaskan adalah mustahil untuk memenuhi kehendaknya seperti pasukan kejurulatihan sendiri selain menentukan kejohanan apa yang mahu disertainya.

“BAM masih tawarkan beliau beberapa insentif yang lumayan, termasuk faedah kewangan. Begitupu, Lee Zii Jia sudah membuat keputusan dan beliau tidak mahu mempertimbangkan keputusan itu.

“Kini, kita tahu Zii Jia, pemain kebangsaan yang pernah memenangi Kejohanan All England…adalah sukar, mengecewakan apabila BAM kehilangan beliau.

“Tapi beliau sudah buat keputusan dan kita perlu respons terhadap permintaan beliau,” katanya pada sidang media khas di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara di sini, pada Jumaat.

Sumber: AWANI