Bandar Yangon seperti medan perang

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Penunjuk perasaan membela diri dengan perisai semasa pertempuran dengan polis rusuhan pada 28 Februari 2021 di Yangon, Myanmar. . (Foto oleh Hkun Lat / Getty Images)

YANGON, 3 Syaa’ban 1442 H, Rabu : Bandar terbesar di Myanmar, Yangon ketika ini di bawah undang-undang tentera bertukar menjadi zon pertempuran dengan kepulan asap dihasilkan sekatan pembakar dan pasukan keselamatan melepaskan tembakan kepada penunjuk perasaan antirampasan kuasa tanpa senjata.

Penduduk yang trauma bertindak melarikan diri dari kawasan perindustrian di Yangon yang sekarang ini menjadi salah satu tempat tumpuan tunjuk perasaan seluruh negara itu bagi menentang rampasan kuasa tentera sejak hampir tujuh minggu lalu.

Junta mengerahkan lebih kekuatan untuk menghentikan gerakan tunjuk perasaan.

Dianggarkan lebih 200 penunjuk perasaan dilaporkan terbunuh akibat tindakan keras tentera Junta.

Ahad lalu disifatkan hari paling berdarah sejak rampasan kuasa di negara itu, dengan kumpulan pemantau merekodkan lebih 70 orang terbunuh yang mana sebahagian besar di kawasan industri Hlaing Tharyar di Yangon, bertukar menjadi zon pertempuran.

Junta Ahad lalu mengenakan undang-undang tentera ke atas Hlaing Tharyar dan kemudiannya di bandar-bandar tumpuan penunjuk perasaan yang lain, dengan hampir dua juta penduduk di \letakkan dalam kawalan komander tentera.

Penduduk di situ yang kebanyakan adalah pekerja migran bertindak melarikan diri dengan kembali ke negeri asal masing-masing.

Bagi penduduk yang masih kekal di situ, mereka menggambarkan keadaan setempat umpama medan perang.

“Terdapat tembakan berterusan sepanjang malam dan kami tidak boleh tidur,” kata seorang penduduk kepada AFP sambil menambah ada yang risau untuk berjalan di luar kerana takut menjadi sasaran pasukan keselamatan.

Seorang lagi penduduk yang juga pelajar perubatan berkata, terdapat jumlah kehadiran tentera dan polis yang ramai di sekitar bahagian utama bandar ini.

“Mereka memeriksa kereta, motosikal dan telefon bimbit orang yang berkeliaran di jalanan.

“Sekiranya mereka mengesan apa-apa yang berkaitan dengan politik dan gerakan ketidakpatuhan sivil, mereka akan tahan,” katanya kepada AFP sambil menambah pihak berkuasa juga mengugut mereka untuk mengalihkan sekatan di kawasan berkenaan.

Penunjuk perasaan antikudeta turut mendirikan kem dan sekatan dibuat dari tayar, kayu, beg pasir dan tiang buluh di sebuah jambatan yang menuju ke jalan utama bandar pada petang Selasa lalu.

Mereka mengenakan topi keras, topeng gas dan membawa perisai.

Situasi yang berlangsung di bandar itu turut dirakam. Video yang disahkan AFP memaparkan tembakan tanpa henti selama kira-kira 15 saat. – AFP