Banduan lolos berjaya ditahan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Johor Bahru: Banduan yang meloloskan diri dari Pusat Tahanan Reintegrasi (Kem Program Latihan Khidmat Negara) Padang Hijau, Batu 13, Jalan Mersing-Kluang dekat Kluang, petang semalam, berjaya ditahan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, lelaki berusia 38 tahun itu ditahan pada 6.15 petang di kawasan perumahan Ladang Cattle Queen, Padang Hijau, Kluang hasil maklumat orang awam yang melihat seorang lelaki terbabit di kawasan berkenaan.

“Banduan berkenaan merupakan pesalah yang sudah dijatuhi hukuman mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 pada 25 Februari lalu di Mahkamah Majistret Johor Bahru,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Pada 4.50 petang semalam, polis menerima panggilan daripada warden penjara yang memaklumkan bahawa empat lelaki tempatan cuba melarikan diri dari pusat tahanan itu.

Menurut warden itu, tiga daripada lelaki terbabit berjaya ditahan, manakala seorang lagi meloloskan diri.

Kempat-empat banduan sudah dituduh di mahkamah dan dihantar ke pusat tahanan itu untuk tapisan keselamatan Covid-19 selama 14 hari sebelum dihantar ke Penjara Ulu Choh dekat sini.

Sumber: My Metro